☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 14 Mac 2025

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Sejak Marc Marquez meraih kemenangan sulungnya di Litar Buriram tempohari, dunia MotoGP kecoh dengan 'perang' yang berlaku dalam khemah pasukan Ducati Lenovo di antara Marc dan Francesco Bagnaia (Pecco). Walaupun baru pusingan pertama, sukar untuk Pecco menerima hakikat bahawa Marc (selaku 2nd rider) jauh lebih pantas darinya sejak di sesi kelayakan.

Dari hujung: Alex Marquez, Marc Marquez & Francesco Bagnaia.
Dari hujung: Alex Marquez, Marc Marquez & Francesco Bagnaia.

Pecca ternyata tidak berpuas hati dan segalanya itu dapat disaksikan sebaik sahaja Marc melintasi garisan penamat. Kini, pusingan kedua sudah tiba dan sudah pasti Pecco menunggu saat ini untuk menebus kembali kekalahannya itu.

Pada sesi 'Sidang Media' sempena GP Argentina, tiga pelumba dijemput. Mereka ialah Pecco, Marc dan Alex Marquez. Turut hadir sebagai 'Jemputan Istimewa' dari alam maya ialah Juara MotoGP 2024, Jorge Martin. Dalam keberatan, Martin menjelaskan dia tidak akan dapat beraksi di Argentina dan di GP Americas berikutan kecederaan yang dialaminya.

Alex Marquez & abanganya Marc.
Alex Marquez & abanganya Marc.

Pada masa yang sama, Marc Marquez bertambah semangat selepas menikmati kejayaan tempohari. ''Saya amat gembira untuk kembali berlumba di Argentina, litar yang saya suka dan di mana saya cukup laju dan kompetitif pada masa lalu. Kami datang untuk menikmati hujung minggu yang hampir sempurna seperti di Thailand. Kami berjaya memanfaatkan sepenuhnya apa yang kami lakukan dalam sesi ujian untuk mendapatkan prestasi padu dalam perlumbaan. Ini benar-benar memberi saya motivasi tambahan dan saya tidak sabar untuk kembali ke litar!."

Pecco.
Pecco.

Pecco juga mengakui Termas De Rio Honda itu sebuah litar yang laju. "'Kami kembali ke Argentina, trek yang sangat pantas dan ia juga sesuai dengan GP Desmosedici. Di Thailand ia bukan GP yang mudah, kami pantas, padu, kami menjaringkan dua tempat ketiga, tetapi kami tidak sempurna. Kami perlu mengusahakan beberapa faktor dan aspek untuk berdaya saing sepenuhnya”.

Alex Marquez.
Alex Marquez.
Fabio Quartararo.
Fabio Quartararo.
Fabio De Giannantonio.
Fabio De Giannantonio.

Alex Marquez juga tidak sabar-sabar lagi untuk memberi saingan kepada kelompok hadapan seterusnya mencari kemenangan. Selamat datang para pelumba semua dan kita pasti akan dapat lihat senario yang berbeza terutama sekali dari segi prestasi pasukan dan jentera lain. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.