☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 April 2025

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Juara WSBK 2024, Toprak Razgatlioglu akhirnya kembali ke podium tertinggi selepas melakukan magik untuk mencipta mencipta sejarah kemenangan ke-59 dan ke-60 dan menyempurnakan hatrik dalam saingan pusingan 2 yang berlangsung di Litar Autodromo Internacional do Algarve baru-baru ini.

Toprak turut menyatakan, "Kami kembali bersaingan dengan sangat kuat dan menunjukkan kepada semua orang bahawa kami semakin bersedia."

Bulega '11' akur dengan kepantasan jentera Razgatlioglu.
Bulega '11' akur dengan kepantasan jentera Razgatlioglu.

"Saya suka bertarung dan tidak pernah berputus asa. Jentera saya masih belum 100% tetapi saya tetap berusaha untuk menang. Perlumbaan 1 bagi saya adalah perlumbaan yang sukar kerana cengkaman di bahagian depan tidak begitu baik. Saya hanya cuba mengikut Nicolo Bulega, kemudian menyerang dan memenangi perlumbaan. Dalam perlumbaan hari Ahad, rentak saya semakin baik dan luar biasa. Kami meningkatkan motosikal dan saya berasa lebih cengkaman, semua orang menyukainya," jelas Razgatlioglu.

Kemalangan yang melibatkan Alvaro Bautista & Scatt Redding.
Kemalangan yang melibatkan Alvaro Bautista & Scatt Redding.
Xavi Vierge '97' dan Michael Van Der Mark mempamerkan prestasi jentera Honda CBR1000 RR-R.
Xavi Vierge '97' dan Michael Van Der Mark mempamerkan prestasi jentera Honda CBR1000 RR-R.

Bulega yang begitu cemerlang di Phillip Island tersentak dengan rentak persembahan lawannya dalam pusingan kedua ini. Razgatlioglu menunjukkan prestasi yang jauh lebih kompetitif berbanding di Australia. Walaupun mencuba sedata upayanya untuk mengekori, jentera BMW di depannya jauh lebih pantas. Bulega tewas dalam ketiga-tiga saingan tetapi pada jarak yang cukup dekat.

Para pemenang menerima Perlumbaan Superpole. Dari kiri Alvaro Bautista, Toprak Razgatlioglu & Nicolo Bulega.
Para pemenang menerima Perlumbaan Superpole. Dari kiri Alvaro Bautista, Toprak Razgatlioglu & Nicolo Bulega.

"Saya tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa tetapi saya tetap positif kerana jarak dengan Razgatlioglu sudah tidak jauh. Memandangkan ini litar kegemarannya, berkemampuan memberi tekanan sudah cukup baik buat saya," Nicolo Bulega.

A. Locatelli dikejar oleh Razlioglu dan S. Lowes.
A. Locatelli dikejar oleh Razlioglu dan S. Lowes.

Salam Perlumbaan Superpole dan Perlumbaan 2, Alvaro Bautista juga telah menunjukkan tunggangan yang cukup padu sejak di awal saingan. Rentak yang konsisten membolehkannya kekal dalam kelompok hadapan dengan agak selesa. Namun begitu, Bautista hilang mata dalam Perlumbaan 1.

Lecuona '7' diberi tentangan sengit oleh Remy Gardner '87' & DOminique Aergerter.
Lecuona '7' diberi tentangan sengit oleh Remy Gardner '87' & DOminique Aergerter.

Pasukan Pata Maxus Yamaha cukup bangga dengan kemampuan Andrea Locatelli mendapatkan kedudukan di podium (Perlumbaan 1) walaupun ia bukanlah tugas yang mudah kerana terpaksa menahan serangan demi serangan daripada Danilo Petrucci. Ternyata kedudukan tempat keempat di Superpole membakar semangatnya untuk terus maju.

Lecuona mengakhiri saingan Perlumbaan 2 di tempat keenam.
Lecuona mengakhiri saingan Perlumbaan 2 di tempat keenam.
Md Zakhwan Zaidi.
Md Zakhwan Zaidi.

Kemenangan hatrik kali ini membolehkan Toprak Razgatlioglu merapatkan dirinya dengan pendahulu carta (Nicolo Bulega) dengan 29 mata.

Para pelumba akan kembali berentap dalam Pusingan 3 yang akan diadakan di Litar Assen pada 11 & 13 APril 2025. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.