☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 5 Mei 2025

Podium Sulung Hakim Danish Musim Ini!

Bintang muda permotoran negara, Hakim Danish, memulakan kempen 2025 FIM JuniorGP World Championship bersama pasukan SIC Racing – MSI dengan cemerlang apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua dalam pusingan pembukaan yang berlangsung di Circuit do Estoril, Portugal.

Dengan misi besar untuk musim ini, Danish mempamerkan peningkatan konsisten sepanjang minggu perlumbaan. Bermula di kedudukan ke-19 dalam sesi Latihan Bebas Pertama (FP1), beliau melonjak ke tempat kesembilan dalam sesi FP2. Dalam sesi kelayakan, Danish menunjukkan prestasi mengagumkan apabila mencatatkan masa ketiga terpantas, sekali gus melayakkan diri ke barisan hadapan (front row) untuk perlumbaan utama.

Perlumbaan bermula pada jam 1.00 tengah hari waktu tempatan dengan cuaca yang baik. Sebaik sahaja lampu hijau dipadamkan, Danish meluru ke hadapan namun dipintas oleh pelumba Ireland, Casey O’Gorman. Aksi penuh dramatik menyusul apabila Danish bersaing rapat dengan O’Gorman dan Rico Salmela dari Finland, sementara Brian Uriarte dari Sepanyol memanfaatkan peluang untuk mencipta jurang di hadapan dan kekal selesa di tempat pertama.

Persaingan sengit merebut tempat kedua kekal sehingga ke pusingan terakhir. Ketika Danish mendahului menuju ke selekoh keempat, O’Gorman cuba memintas Salmela namun berlaku insiden pelanggaran yang menyebabkan O’Gorman terjatuh. Insiden tersebut memberi ruang kepada Danish untuk menjarakkan diri dan menamatkan perlumbaan di tempat kedua tanpa sebarang cabaran di penghujung perlumbaan.

Pusingan kedua FIM JuniorGP World Championship akan berlangsung pada 31 Mei hingga 1 Jun 2025 di Litar Jerez, Sepanyol. Sebelum itu, tumpuan Danish akan beralih ke Perancis bagi menyertai pusingan Red Bull MotoGP Rookies Cup yang akan diadakan di Litar Le Mans pada 9 hingga 11 Mei 2025.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).