☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 15 Julai 2025

Hakim Danish Berjuang Sehingga Ke Penghujung Perlumbaan

Pada perlumbaan di litar Sachsenring adalah cabaran paling besar buat pelumba muda negara kita iaitu Hakim Danish. Perlumbaan pusingan kelima itu merupakan saingan buat kali pertamanya di litar tersebut dan terpendek dalam kalender Red Bull MotoGP Rookies Cup yang mempunyai panjang 3.67 kilometer sahaja.

Race 1 - Danish bermula dengan baik dalam sesi Free Practice 1 selepas mendapatkan masa terpantas di tempat keempat. Mankala dalam Free Pratice 2 dia di tangga ke-12. Sesi ujian kelayakkan pula agak mencabar dengan hanya satu saat memisahkan 20 pelumba dengan pencabar kedudukan pole. Danish menamatkan sesi ini di tempat ke-13.

Dalam perlumbaan akhir 1, keadaan litar yang basah akibat hujan menjadikan saingan ini cukup menarik. Hakim Danish memulakan perlumbaan di petak ke-13. Dia berjaya menunjukkan konsisten yang bagus dan tidak mengambil risiko kerana cengkaman tayar yang kurang memuaskan. Sehingga ke penghujung perlumbaan, Danish melepasi garisan penamat di tempat-10.

Race 2 - Dalam perlumbaan kedua, Hakim Danish memulakan saingan dengan baik dari petak ke-13. Beliau berjaya memintas beberapa pelumba di selekoh pertama untuk berada di kedudukan ketujuh.

Danish kekal tenang dan konsisten sehinggalah ke pusingan keempat, ketika menghapiri selekoh pertama, dia telah terbabas kerana kehilangan cengkaman tayar hadapan.

Namum, Danish tidak berputus asa dan bangkit untuk sambung perlumbaan walaupun seudah etinggalan jauh. Beliau menamatkan saingan kedua di tangga ke-18 tanpa kutipan mata.

Walaubagaimanapun, Hakim Danish kekal sebagai peneraju tangga teratas keseluruhan dengan kelebihan 13 mata di antara Braian Uriarte. Perlumbaan pusingan keenam Red Bull MotoGP Rookies Cup akan berlangsung pada 16hb - 17hb Ogos 2025 di Litar Red Bull Ring, Osterreich. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.