☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 September 2025

Hakim Danish Bersaing dalam Moto3 di GP Malaysia Menerusi Tiket Wildcard

Pelumba muda negara, Hakim Danish bakal membuat penampilan sulung dalam kelas Moto3 menerusi tiket wildcard di MotoGP Malaysia yang akan berlangsung pada 24hb - 26hb Oktober 2025. Pengumuman ini dibuat oleh PETRONAS Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam satu siaran akhbar hari ini.

Detik bersejarah ini merupakan satu lagi langkah penting dalam karier Hakim Danish dan perkembangan sukan permotoran negara. Setelah menampilkan prestasi yang membanggakan, beliau bakal melangkah ke tahap seterusnya dan bersaing bersama para pelumba terbaik dunia di tanah air.


“Danish merupakan pelumba yang layak untuk terima tiket wildcard ini. Tiga tahun selepas Syarifuddin Azman (Damok), rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan pelumba negara bersaing dalam Moto3™ bersama SIC", kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, En. Azhan Shafriman Hanif.

Sejak memulakan langkah di pentas SIC MiniGP Championship pada tahun 2020, Hakim Danish terus mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara keseluruhan pertama kejohanan tersebut. Dua tahun kemudian, beliau mengharumkan nama negara dengan menjadi pelumba Malaysia pertama bergelar juara keseluruhan Asia Talent Cup (ATC) sejak ia diperkenalkan pada 2014. Pada tahun yang sama, Danish sekali lagi melakar kejayaan apabila muncul sebagai pelumba Malaysia pertama menaiki podium dalam European Talent Cup (ETC).

Kejayaan itu diteruskan pada 2023 dan 2024, apabila beliau mencatat sejarah antara pelumba Malaysia pertama yang memenangi perlumbaan serta meraih pelbagai podium dalam Red Bull MotoGP Rookies Cup. Tahun 2025 pula menyaksikan Danish menutup kempen dengan penuh bergaya apabila menjadi pelumba Malaysia pertama menamatkan musim dalam kelompok tiga teratas keseluruhan kejohanan berprestij tersebut.

Kejayaan Danish turut mencerminkan kerjasama erat antara Kementerian Belia dan Sukan serta SIC untuk membangunkan pelumba berbakat dari akar umbi hingga kejohanan dunia. Hakim Danish bukan sahaja menjadi simbol harapan sebagai bakal Juara Dunia pertama Malaysia, malah menjadi inspirasi kepada generasi pelumba seterusnya.

Tiket kini boleh didapati di http://www.sepangcircuit.com. Selaras dengan agenda Malaysia MADANI, PETRONAS SIC meneruskan inisiatif Tiket Rahmah, menawarkan tiket K2 Hillstand pada harga hanya RM49.90, memberikan peluang kepada peminat untuk menyaksikan Danish beraksi di tanah air. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.