☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 4 Oktober 2025

Marini dan Mir Kukuhkan Aksi Hari Jumaat Buat Honda HRC Castrol

Pasukan Honda HRC terus menunjukkan prestasi konsisten apabila Luca Marini dan Joan Mir menamatkan sesi hari Jumaat dalam kelompok 10 pelumba terpantas — masing-masing di tempat keempat dan keenam.

Cuaca di Lombok, Indonesia sekali lagi mencabar dengan suhu melebihi 30°C dan kelembapan mencecah 67%. Walaubagaimanapun, dengan berbekalkan semangat selepas menduduki tangga di podium semasa di Jepun oleh Joan Mir, pasukan Honda HRC Castrol kekal fokus dan memanfaatkan setiap pusingan di Litar Mandalika sepanjang 4.3 kilometer itu. Kedua-dua pelumba terus memperkukuhkan pembangunan jentera RC213V untuk membuktikan jenetra Honda mampu bersaing di barisan hadapan.

Luca Marini
Luca Marini

Pada sesi sebelah pagi, Marini bermula dengan cemerlang pabila mendahului senarai catatan masa 0.136 saat lebih pantas dengan pesaing terdekatnya. Beliau kemudian memperbaiki catatan pada sesi petang dengan tambahan 1.1 saat lebih laju, menamatkan sesi hari Jumaat di kedudukan keempat. Catatan masa 1’29.730 itu adalah 0.6 saat lebih pantas berbanding sesi kelayakan (Q1) di Grand Prix Indonesia tahun lalu.

Joan Mir
Joan Mir

Joan Mir pula semakin bersemangan selepas mearih kemenangan di podium buat kali pertama pada musim ini. Beliau menamatkan sesi hari Jumaat  di tempat keenam, hanya 0.038 saat di belakang Marini. Walaupun Litar Mandalika bukan antara litar kegemarannya seperti Motegi, Mir tetap konsisten sepanjang sesi tersebut. Ini juga menandakan kali ketiga berturut-turut kedua-dua pelumba Honda HRC berjaya menempah slot automatik ke Q2 sejak hari Jumaat, satu perkembangan positif yang kini menjadi sasaran tetap pasukan pada setiap hujung minggu perlumbaan.

Marini dan Mir jelas menunjukkan prestasi terbaik mereka setakat ini, dengan barisan hadapan menjadi sasaran utama menjelang hari Sabtu. Dengan hanya setengah saat membezakan sembilan pelumba terpantas, aksi kelayakan dijangka sengit di mana sedikit peningkatan sudah mampu memberikan kelebihan besar. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.