☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Oktober 2025

Alex Marquez Menang di GP Malaysia 2025

Alex Marquez dari pasukan Gresini Racing, menjuarai perlumbaan utama dalam Grand Prix Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit) dengan kelebihan kira-kira 2.676 saat ke atas penunggang di tempat kedua, Pedro Acosta. Tempat ketiga diraih oleh Joan Mir (Honda), satu lagi kejayaan penting buat pasukan Honda khususnya.

Pecco -63-, Alex -73- & Pedro Acosta bersaing merebut kedudukan juara.
Pecco -63-, Alex -73- & Pedro Acosta bersaing merebut kedudukan juara.

Marquez memulakan perlumbaan dari grid yang baik dan membuat serangan awal. Dengan kawalan jentera yang sempurna, A. Marquez telah mengambil alih kedudukan teratas seawal  lapkedua, melepasi Francesco Bagnaia (Pecco) yang memulakan dari posisi paling depan.

Joan Mir -36- riah podium kedua musim ini & Fabio tamatkan perlumbaan dikedudukan 5 kelompok teratas.
Joan Mir -36- riah podium kedua musim ini & Fabio tamatkan perlumbaan dikedudukan 5 kelompok teratas.

Sambil Marquez mengekalkan pendahuluan, Pecco pada mulanya berada dalam posisi baik namun jenteranya mengalami kerosakan teknikal di dua lap terakhir. Insiden ini juga menyebabkannya diberi (DNF) dan membuka laluan untuk Márquez serta Acosta.

Walaupun terpaksa berdepan dengan litar yang cukup panas dan berdebu di Sepang memberi cabaran tambahan kepada semua pelumba, A. Marquez berjaya mengurus tekanan dan rentaknya dengan baik untuk membawa pulang kemenangan dan ini merupakan kejayaan ketiga A. Marquez dalam musim 2025. Namun begitu, sehari sebelum saingan akhir, Alex sudahpun mengesahkan kedudukan sebagai naib juara dunia musim ini.

'DNF' yang dialami Pecco mengakibatkan perubahan yang agak besar dalam persaingan untuk tempat ketiga kejuaraan dunia, memberikan peluang kepada pelumba-pelumba lain. Sememangnya ini bukanlah senario yang diingini oleh bekas juara itu memandangkan Pecco memiliki rentak dan kecemerlangan dalam perlumbaan Sprint. Masalah tekanan tayar yang kian menurun lap demi lap menyebabkan Pecco terpaksa menarik diri daripada perlumbaan hanya tiga lap sebelum tamat.

Usai kejayaan di GP Malaysia, A.Marquez menyifatkan kemenangan ini sebagai amat penting: “Really happy, it’s a really important win for us to celebrate second (in the championship)”. Alex juga menyatakan kemenangan semalam bukanlah hanya untuk dirinya sendiri tetapi juga untuk pasukan Gresini Racing yang bekerja keras sepanjang musim. Kemenangan di Sepang bagi A. Marquez bukan sekadar satu kemenangan biasa, ia menandakan puncak prestasi musim 2025 beliau, memperkukuh kedudukan sebagai pelumba nombor dua dunia, dan menyaksikan strategi serta pelaksanaan yang sangat kemas di atas litar.

Tempat kedua dimenangi oleh pelumba KTM, Pedro Acosta yang benar-benar teruja dengan kejayaan yang dikecapinya. Tahniah juga buat jaguh pasukan Honda HRC Castrol, Mir yang menghadiahkan podium keduanya musim ini buat diri dan krew pasukan Honda yang bekerja keras sepanjang minggu. RR

Oleh: Khairil Azuan
Gambar: Muhammad Redzuan

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).