☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 9 November 2025

MSBK1000 A: Azroy Hakeem Dominasi Perlumbaan 1 di Sepang

Perlumbaan pertama bagi Pusingan keempat AEON Credit MAM Malaysia Superbike Championship 2025 kategori MSBK1000 A di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS menyaksikan Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Racing MYS tampil dengan aksi luar biasa untuk meraih kemenangan bergaya.

Dari kiri: Helmi, Azroy dan Kasma di tangga podium MSBK1000 A.
Dari kiri: Helmi, Azroy dan Kasma di tangga podium MSBK1000 A.

Sebaik perlumbaan bermula, rakan sepasukannya Muhd Helmi Azman terus memimpin perlumbaan, diikuti rapat oleh Azroy, manakala Kasma Daniel Kasmayudin (Hong Leong Yamaha MYS) berada di tempat ketiga. Pelumba AMI Suzuki Motorsport, Adam Norrodin, dan wakil dari China, Chen Hongyan, melengkapkan lima pelumba teratas.

Pada pusingan ketiga, kedudukan kekal dengan Helmi di depan, Azroy kedua, diikuti Kasma serta Adam dan Chen. Namun, pada pusingan keempat, Azroy mula menyerang dan berjaya memintas Helmi untuk mengambil alih kedudukan pendahulu.

Menjelang pusingan kelima, Azroy sudah pun mencipta jarak lebih 1.1 saat, dan terus melebarkan jurang kepada 2.6 saat di pusingan ketujuh serta 4.6 saat pada pusingan kelapan. Walaupun pelumba lain cuba mengejar, Azroy kekal konsisten hingga ke garisan penamat, menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 21’12.500s. Helmi menamatkan saingan di tempat kedua (21’18.013s) manakala Kasma di tempat ketiga (21’18.470s).

Pihak SIC dan TWMR turut merakamkan penghargaan kepada AEON Credit (M) Berhad atas sokongan mereka sepanjang hujung minggu perlumbaan ini. RR

5 PELUMBA TERPANTAS – RACE 1

  1. Azroy Hakeem Anuar – Honda Racing MYS (21’12.500s)
  2. Muhd Helmi Azman – Honda Racing MYS (21’18.013s)
  3. Kasma Daniel Kasmayudin – Hong Leong Yamaha MYS (21’18.470s)
  4. Adam Norrodin – AMI Suzuki Motorsport (21’18.734s)
  5. Chen Hongyan – China (22’14.793s)

Gambar: twmrphoto

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.