☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 Mac 2026

Qabil Irfan Raih Podium di Buriram

Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan membuka musim 2026 dengan cemerlang apabila menamatkan kemarau podium Malaysia dalam aksi pembuka tirai Kejuaraan Moto4 Asia Talent Cup di Litar Antarabangsa Chang, Buriram.



Selepan menamatkan perlumbaan 1 di tempat keenam, Qabil kemudian pada Perlumbaan 2 dengan tunggangan agresif untuk menamatkan saingan di tempat kedua. Aksi yang mendebarkan berlaku di pertengahan perlumbaan apabila beliau terbabas akibat asakan dari pelumba lain, namun berjaya mengawal jentera dan kembali bersaing hingga memastikan podium menjadi miliknya.

Qabil menamatkan perlumbaan dengan masa 26:56.174 saat, hanya 2.2 saat di belakang juara dari Jepun iaitu Hayato Chishiki, sekali gus menewaskan seorang lagi pelumba Jepun, Kotaro Togashi di tempat ketiga.

Kejayaan ini mengembalikan Jalur Gemilang ke podium selepas kali terakhir diraih Farish Hafiy Farid Sezli pada musim 2024. Secara keseluruhan, Qabil kini menghuni tangga ketiga secara keseluruhan dengan 30 mata, di belakang Hayato (50 mata) dan Waku Kunitate (33 mata).

Rakan sepasukannya, Muhammad Naqib Rifqi Zulhelmi menamatkan Perlumbaan 2 di tempat ke-12denagn mengutip empat mata manakala Qayyim Razin Razali di kedudukan ke-16. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.