☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 19 Mei 2026

Hakim Danish Pamer Prestasi Membanggakan Di Barcelona

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli sekali lagi mencuri tumpuan apabila menamatkan perlumbaan GP Catalunya di kedudukan ketujuh keseluruhan selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang perlumbaan di Litar Barcelona-Catalunya.

Mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI, Hakim Danish memulakan perlumbaan dari petak ke-10 dan berjaya mempamerkan tunggangan agresif sebaik perlumbaan bermula untuk segera berada dalam kelompok hadapan. Sepanjang 18 pusingan, beliau dilihat cukup kompetitif dan konsisten memberi tekanan kepada pelumba-pelumba utama lain.

Hakim Danish kemudian berjaya menduduki tempat kedua dalam perlumbaan sebelum persaingan sengit dalam kelompok hadapan menyaksikan kedudukannya berubah-ubah hampir di setiap selekoh. Walaupun sempat turun ke tangga kelapan, beliau kembali bangkit dan terus berada dalam kelompok lima terbaik sehingga ke penghujung perlumbaan.

Malah, Hakim Danish turut berpeluang mencipta sejarah tersendiri apabila sempat berada di kedudukan ketiga dalam beberapa pusingan terakhir sekali gus membuka peluang untuk meraih podium pertamanya dalam saingan Moto3. Namun begitu, kesilapan kecil pada pusingan terakhir menyebabkan beliau sedikit terkeluar daripada garis perlumbaan di salah satu selekoh. Kesilapan in telah memberi ruang kepada empat pelumba lain untuk memintas.

Akibat insiden tersebut, Hakim Danish terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh. Walaupun terlepas peluang menaiki podium, beliau tetap mempamerkan prestasi yang cukup membanggakan sepanjang hujung minggu perlumbaan dan berjaya mengutip sembilan mata berharga buat kejuaraan musim ini.

Prestasi cemerlang Hakim sebenarnya sudah mula terserlah sejak sesi latihan bebas pada hari Jumaat apabila beliau muncul pelumba terpantas menerusi catatan masa 1 minit 46.943s mengatasi beberapa pelumba tuan rumah termasuk Adrian Fernandez dan David Almansa. Catatan tersebut sekali gus memastikan slot automatik ke sesi kelayakan kedua (Q2). Namun pada sesi kelayakan rasmi, Hakim Danish menamatkan saingan dengan catatan masa ke-10 terpantas.

Selepas enam pusingan perlumbaan, Hakim Danish kini mengumpul keseluruhan 27 mata dan dijangka terus membawa momentum positif itu ke GP Itali yang akan berlangsung di Litar Mugello pada 29hb hingga 31hb Mei 2026. RR

Popular

  • Model Baru

    Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

  • Warta Roda

    ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

  • Warta Roda

    ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Artikel berkaitan

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Qabil Irfan Cedera Dalam FP2 Moto4

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).