☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 20 Jun 2026

Ai Ogura Terpantas di Sesi Latihan Pertama

Ai Ogura memulakan kempen GP Republik Czech dengan cemerlang apabila mencatat masa terpantas pada sesi latihan MotoGP hari Jumaat di Litar Brno.

Pelumba dari pasukan Trackhouse MotoGP Team itu merekodkan masa 1 minit 51.735 saat untuk mengatasi pendahulu kejuaraan dunia iaitu Marco Bezzecchi yang berada di tempat kedua manakala Fabio Di Giannantonio melengkapkan kelompok tiga terbaik.

Sesi latihan berlangsung sengit apabila tujuh pelumba berjaya memecahkan rekod pusingan terdahulu. Marc Marquez turut menunjukkan prestasi cemerlang walaupun mengalami kemalangan pada awal sesi sebelum menamatkan latihan di tempat kelima.

Francesco Bagnaia berada di kedudukan keempat, diikuti Marc Marquez, Pedro Acosta dan Joan Mir. Sementara itu, Jorge Martin gagal menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik apabila menamatkan sesi di tempat ke-11 dan perlu melalui sesi kelayakan Q1 pada hari Sabtu. RR

Popular

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

  • Dari Litar

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.