☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 Jun 2026

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

MotoGP dan Yamaha Motor Co., Ltd. mengumumkan satu projek jangka panjang yang bakal menyaksikan Yamaha menjadi pembekal eksklusif motosikal bagi Kejuaraan Dunia FIM Moto3 bermula musim 2028 hingga 2033. Pengumuman itu dibuat sempena sidang media ketika Grand Prix Belanda di Assen dan disifatkan sebagai antara perubahan terbesar dalam perlumbaan GP sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kerjasama strategik ini dibangunkan berasaskan empat teras utama iaitu aksesibiliti, integriti sukan, kecemerlangan teknikal dan perancangan jangka panjang. Matlamatnya adalah memastikan bakat pelumba terus menjadi faktor utama dalam pembangunan karier mereka dan mengekalkan tahap persaingan tertinggi dalam kelas Moto3 sebagai pintu masuk ke Kejuaraan Dunia MotoGP.

Jentera baharu itu dibangunkan menggunakan platform enjin CP2 - enjin dua silinder sebaris (parallel-twin) berkapasiti 689 cc yang  sama digunakan pada beberapa model popular Yamaha seperti MT-07, YZF-R7, Tenere 700, XSR700 dan Tracer 7. Namun, bagi kegunaan Moto3, Yamaha melakukan pengubahsuaian secara menyeluruh bagi menghasilkan sebuah motosikal prototaip GP yang lebih ringan, lebih berkuasa serta menawarkan nisbah kuasa kepada berat yang lebih baik berbanding jentera Moto3 sedia ada. Motosikal bersaiz penuh itu juga direka supaya lebih sesuai dengan fizikal dan gaya tunggangan generasi pelumba masa kini.

Program pembangunan ini bukan sahaja tertumpu kepada Kejuaraan Dunia Moto3, malah akan diperluaskan ke platform pembangunan bakat lain. Bermula 2029, Kejuaraan Dunia FIM Moto3 Junior di bawah MotoJunior dijangka menggunakan versi motosikal yang mempunyai spesifikasi lebih rendah. Manakala beberapa kejohanan serantau turut dilaporkan berminat untuk menggunakan platform yang sama. Yamaha dan MotoGP turut mengesahkan ujian prototaip akan bermula hujung tahun ini sebelum motosikal tersebut diperkenalkan secara rasmi kepada pada tahun 2027. RR

Popular

  • Warta Roda

    SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

  • Model Baru

    KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

  • Model Baru

    Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

  • Model Baru

    Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

Suzuki secara rasminya telah melancarkan Suzuki GSX-10R, sebuah jentera sportbike yang dibina berasaskan konsep "Fun. Unlimited."

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.