☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 Julai 2026

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Motul secara rasmi menjalin kerjasama dengan Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) sebagai Penaja Rasmi dan Rakan Pelincir untuk pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026.

Kerjasama ini melibatkan dua pasukan yang akan bersaing dalam dua kejohanan berbeza, iaitu Motul Honda Asia Team dalam kategori AP250 di ARRC dan Motul Honda Racing Malaysia dalam kategori 250 dalam MSBK.

Kerjasama ini sekali gus mengukuhkan hubungan strategik antara Motul dan Boon Siew Honda dalam arena sukan permotoran Asia Pasifik. Sebagai Penaja Rasmi, Motul bukan sahaja menyokong kedua-dua pasukan dari segi penjenamaan tetapu turut membekalkan teknologi pelincir berprestasi tinggi bagi menghadapi cabaran musim 2026.

Motul turut membawakan kepakaran teknikal menerusi minyak enjin perlumbaan iaitu Motul 300V yang terkenal dengan prestasi, ketahanan dan kebolehpercayaannya dalam perlumbaan bertaraf dunia. Teknologi ini akan digunakan bagi memastikan kedua-dua pasukan memperoleh prestasi enjin yang optimum sepanjang musim.

Di pihak Boon Siew Honda pula, syarikat menyediakan platform perlumbaan yang lengkap merangkumi jentera, barisan pelumba, pasukan teknikal dan program pembangunan sukan permotoran. Gabungan kepakaran kedua-dua syarikat ini dijangka mampu meningkatkan daya saing pasukan dalam kedua-dua kejohanan.

Selain menyokong pasukan di litar, kerjasama ini turut menjadi medium penting kepada Motul untuk menguji dan membangunkan teknologi pelincirnya dalam keadaan perlumbaan sebenar. Data dan pengalaman yang diperoleh daripada perlumbaan akan digunakan bagi mempertingkatkan lagi kualiti produk untuk kegunaan harian di samping mengukuhkan jenama Motul dalam komuniti permotoran Asia Pasifik.

Berituk Jadual Perlumbaan Baki Musim 2026:

Motul Honda Asia Team – ARRC AP250

  1. Pusingan 4: 7–9 Ogos 2026 – Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia
  2. Pusingan 5: 11–13 September 2026 – Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia
  3. Pusingan 6: 4–6 Disember 2026 – Litar Antarabangsa Chang, Thailand

Motul Honda Racing Malaysia – MSBK 250

  1. Pusingan 2: 10–12 Julai 2026 – Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia
  2. Pusingan 3: 31 Julai–2 Ogos 2026 – Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia
  3. Pusingan 4: 13–15 November 2026 – Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia

Menerusi kerjasama ini, Motul dan Boon Siew Honda berharap dapat menggabungkan kepakaran masing-masing untuk meningkatkan prestasi kedua-dua pasukan sepanjang baki musim 2026. Dengan sokongan teknologi pelincir Motul 300V serta pengalaman luas Honda dalam arena perlumbaan, kedua-dua pasukan kini bersedia memberi saingan sengit dalam ARRC AP250 dan MSBK 250. RR

Popular

  • Model Baru

    HONDA V3R900 E-Compressor: Dari prototaip ke realiti....

  • Model Baru

    Cyclone RT450 Tampil Pelbagai Teknologi Moden - RM27,988

  • Warta Roda

    SWM 255XT Dijangka Ke Pasaran Negara Suku Kedua 2027 - Bawah RM20K

  • Model Baru

    SWM TEMAX 160: Masuk Malaysia tahun depan. Harga dijangka bawah RM10,000

  • Model Baru

    KYMCO CV-X45: Skuter 'Adventure Crossover' Serba Baru

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

SWM TEMAX 160: Masuk Malaysia tahun depan. Harga dijangka bawah RM10,000

SWM TAMEX 160 turut ke pasaran negara tahun 2027.

Model Baru

EICMA 2026 & YAMAHA CAMPUS: Pengalaman Yang Cukup Berharga

Ruang pameran Yamaha di EICMA dibahagikan mengikut kategori atau segmen seperti Adventure (Tenere 700 & Tenere 4 Concept), Urban Mobility (NMAX E, Xenter E), Sport Touring (siri-Tracer 9), Hyper Naked (siri-MT), Sport Heritage (XSR900), Supersport (siri-R) dan yang terbaru, Adventure Scooter (RW700, RW700 Explore dan R350).

Warta Roda

Lambretta Kota Bharu Dirasmikan

Jenama Lambretta di Malaysia terus kukuh menerusi pembukaan rasmi bilik pameran baharu di Kota Bharu.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.