☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 30 Julai 2026

Qabil Kutip Mata Penting di Magny-Cours

Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan membawa pulang pengalaman berharga selepas mengharungi saingan sengit pada Pusingan Keempat Moto4 European Cup di Litar Magny-Cours, Perancis. Wakil pasukan SIC-GRYD Racing itu menamatkan Perlumbaan 1 di tempat kelapan sebelum menamatkan Perlumbaan 2 di kedudukan ke-15 dalam hujung minggu yang penuh cabaran.

Qabil berdepan kesukaran sejak sesi latihan dan kelayakan apabila gagal menemui renta dengan memulakan Perlumbaan 1 dari petak ke-22 dan Perlumbaan 2 dari petak ke-23. Walaupun bermula jauh di belakang, pelumba dari Terengganu itu mempamerkan semangat juang tinggi dengan memintas ramai pelumba untuk menamatkan Perlumbaan 1 di tangga kelapan untuk membuktikan kemampuannya bersaing dalam kelompok kompetitif Moto4 European Cup.

Perlumbaan 1 dimenangi pelumba Itali, Lorenzo Pritelli dari Team Echovit Pasini Racing diikuti pendahulu keseluruhan kejuaraan dari Sepanyol, Alvaro Lucas (CFMOTO Aspar Junior Team) di tempat kedua manakala Víctor Cubeles (Team Impala Honda) melengkapkan kedudukan podium. Dalam Perlumbaan 2 pula, Qabil bergelut untuk mengejar kelompok hadapan dan menamatkan saingan di tempat ke-15. Cubeles muncul juara diikuti Lucas di tempat kedua manakala Mateo Marulanda dari Colombia meraih tempat ketiga selepas perlumbaan yang menyaksikan empat pelumba teratas dipisahkan kurang satu persepuluh saat.

Walaupun keputusan di Magny-Cours tidak menepati sasaran, Qabil masih berjaya mengekalkan kedudukannya dalam kelompok enam terbaik keseluruhan kejuaraan. Selepas empat pusingan, beliau mengumpul 61 mata untuk menghuni tangga keenam keseluruhan, hanya tiga mata di hadapan m Ignacio Galan. Kedudukan itu turut meletakkan Qabil dalam landasan terbaik untuk memburu tempat dalam kelompok lima terbaik menjelang baki tiga pusingan musim ini.

Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata saingan di Magny-Cours memberikan banyak pengajaran penting, khususnya dari aspek penyediaan jentera dan pembangunan pelumba. Pasukan akan melakukan beberapa penambahbaikan terhadap motosikal selain memberi fokus kepada peningkatan aspek tunggangan Qabil bagi memastikan pelumba muda negara itu kembali bersaing di kelompok hadapan pada pusingan akan datang.

Saingan Moto4 European Cup akan berehat seketika sebelum bersambung di Pusingan Kelima yang dijadual berlangsung di Circuit Ricardo Tormo, Cheste, Sepanyol dari 4hb hingga 6hb September 2026. Tempoh rehat itu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Qabil dan pasukan SIC-GRYD Racing untuk memperkemaskan persiapan jentera serta meningkatkan prestasi tunggangan dalam usaha memburu keputusan lebih baik pada baki saingan musim ini. RR

Popular

  • Model Baru

    KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

  • Pandu Uji

    KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

  • Model Baru

    KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

  • Warta Roda

    Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

  • Model Baru

    Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.