Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 Januari 2017

Akid & Syafiq Menutup Tirai 2016

Selepas lapan tahun menyepi, litar Taiping kembali gamat apabila jentera-jentera cub prix beraksi di sana pada November lalu. Walaupun juara kelas prima telah pun diketahui (Juara – Kasma Daniel) sebelum pusingan di Taiping, ini langsung tidak menjejaskan jumlah kehadiran penonton yang hadir.

Tahniah buat Mohd Akid Aziz yang menamatkan saingannya dalam kelas ini dengan memberikan tunggangan cukup cemerlang sekali. Akid yang bermula di petak pertama berjaya mengambil peluang tersebut untuk merebut tempat terdahulu sambil diekori rapat oleh Azroy Hakeem dari pasukan GIVI Honda Yuzy Racing. Tekanan yang diberikan oleh Azroy gagal untuk memperlahankan rentak Akid untuk menamatkan perlumbaan akhir dengan catatan 15:35.252 saat manakala Azroy di tempat kedua, dua saat di belakang. Md Haziq Md Fairues menunggang berseorangan untuk melintasi garisan penamat di tempat ketiga.

Akid menambah 25 lagi mata ke dalam koleksinya untuk menjuarai kelas CP115 dengan 151 mata. Md Haziq yang menang dua kali musim ini di tangga kedua dengan 124 mata dan pemenang tempat ketiga keseluruhan dimenangi oleh Tengku Amirul Harifuddin dari pasukan Motul Zeneos Yamaha YYPang.

Para pemenang CP130 Litar Taiping. Dari kiri: Zaqhwan, Afif dan Muhaimin.
Para pemenang CP130 Litar Taiping. Dari kiri: Zaqhwan, Afif dan Muhaimin.

CP130

Walaupun mempunyai peluang cerah untuk muncul juara di ‘kampung halaman’nya sendiri, Ahmad Fazli Shah terpaksa berputih mata apabila terlibat dalam satu kemalangan yang sangat menakutkan. Fazli yang ketika itu sedang cuba untuk mengejar para pelumba di hadapannya terbabas dan kemudiannya ‘terbang’ menghempas pagar keselamatan. Para penonton yang sedang tergamam akhirnya menarik nafas lega apabila Fazli berjaya duduk dan menunjukkan tanda positif.

Juara CP130 2016. Kasma kurang bernasib baik pada persaingan terakhir.
Juara CP130 2016. Kasma kurang bernasib baik pada persaingan terakhir.

Perlumbaan akhir dimenangi oleh Ahmad Afif Amran diikuti oleh Md Zaqhwan Zaidi dan Abdul Muhaimin Roslan di tempat ketiga. Tahun 2016 juga merupakan musim terakhir para pelumba kelas prima menggunakan jentera 130cc sebelum bertukar kepada jentera yang lebih besar iaitu 150cc pada musim hadapan.

Ini bermakna, perlumbaan CP130 yang telah diperkenalkan sejak 2009 itu bakal ditukar dengan CP150 yang akan mempersembahkan persaingan yang lebih pantas dan lebih mantap di antara para pelumba Yamaha (Y15 ZR) dan Honda (RS150R).

Syafiq Ezzariq meraikan kejuaraannya bersama rakan sepasukan.
Syafiq Ezzariq meraikan kejuaraannya bersama rakan sepasukan.

Wira

Selepas membuat kesilapan di Temerloh, Syafiq Ezzariq memilih langkah selamat dengan tidak terlalu rakus mencari kemenangan. Walaupun sekadar di tempat kelima, ia sudah cukup untuk mengangkat dirinya sebagai Juara Wira 2016 sekaligus menghadiahkan gelaran juara keseluruhan untuk pasukannya buat kali ketiga berturut-turut selepas Khairul Idham Pawi (2014) dan menerusi Harith Farhan pada musim lepas.

Shafiq mengumpul 187 mata diikuti Helmi Azman di tangga kedua (166 mata) dan juara litar Taiping, Md Qhuwarismi Md Nasir di tangga ketiga dengan 128 mata.

Juara Litar Taiping dan Juara Keseluruhan 2016, Md Syarifuddin Azman bersama piala kemenangannya.
Juara Litar Taiping dan Juara Keseluruhan 2016, Md Syarifuddin Azman bersama piala kemenangannya.

Yamaha Petronas Super Series

Kemenangan kali keempat berturut-turut telah membuahkan hasil yang cukup lumayan buat pelumba dari Selangor, Md Syarifuddin untuk dinobatkan sebagai juara musim ini. Tunggangan yang konsisten dan matang yang dipertontonkan selama ini ternyata gagal disaingi oleh mana-mana pelumba lain. Tahniah buat Syarifuddin!

Tempat kedua keseluruhan dimenangi oleh Md Alif Ashraf yang juga menunjukkan prestasi yang semakin baik di akhir-akhir musim. Alif mengumpul 154 mata (ketinggalan 17 mata berbanding Syarifuddin) manakala pemenang ketiga keseluruhan dimenangi oleh juara litar Selangor, Kangar dan Pasir Mas iaitu Md Fadli Shah dari Perak.

Md Zaki Ahmad (19) berjaya mengekori Wan Arif Fahmi (18) untuk merebut tempat ketiga saingan akhir di Taiping.

HONDA WAVE ALPHA CHALLENGE

Tempat kedua sudah cukup berharga buat Syairul Yuslie Suhaimi untuk berdiri megah sebagai juara keseluruhan kelas ini. Kemantapan Syairul jelas dilihat selepas mengungguli empat pusingan terawal sebelum prestasinya sedikit terjejas di pertengahan musim.

Walaupun begitu dia kembali bangkit bermula di pusingan lapan seterusnya mengumpul mata-mata penting untuk bergelar johan. Perebutan tempat kedua keseluruhan di antara Md Haikal dan Md Haziq akhirnya berpihak kepada Haikal selepas berjaya memintas hanya dengan dua mata sahaja.

Tahniah buat semua pelumba tidak kira mereka di tempat pertama atau pun di tempat terakhir. Usaha dan kerja keras itu adalah segalanya dan kadang-kala nasib juga menjadi penentu. Dalam usaha untuk mencari para pelumba berbakat negara, kita amat alu-alukan sebarang inisiatif daripada setiap negeri untuk memajukan sukan ini.

Jagoan Honda Wave Alpha Challenge 2016. Dari kiri: Md Haikal Syafik (kedua), Syairul Yuslie (juara) dan Md Haziq di tangga ketiga.

Mungkin di masa depan akan diadakan litar-litar baru serta bantuan insentif khas buat para pelumba dari setiap negeri seperti mana yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang pada para pelumba persendirian yang berasal dari negeri tersebut. Dengan sokongan dan bantuan seperti ini, ia akan menggalakkan jumlah penyertaan seterusnya memberi lebih banyak pilihan untuk dimajukan ke tahap yang lebih tinggi.

Malaysia dahagakan para pelumba seperti Hafizh Syahrin, Khairul Idham, Zulfahmi, Adam Norrodin dan Ramdan… ayuh kita terus mencari! RR

Isu Pada

Januari 2017

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Jerez Jadi Medan Kebangkitan Qabil Irfan

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) telah melancarkan Sprinta Ladies.

Warta Roda

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Advenduro-X merupakan perlumbaan sukan permotoran lasak yang mendapat pengiktirafan daripada Motorsports Association of Malaysia (MAM).

Warta Roda

Warna Baru Untuk Honda CBR650 R E-Clutch & CB650R E-Clutch

Boon Siew Honda (BSH) hari ini mengumumkan ketibaan warna baru untuk model CBR650 R E-Clutch & CB650R E-Clutch.

Model Baru

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Sah! Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan melancarkan model supersport yang telah tular di seluruh dunia iaitu ZXMOTO 820RR.