Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 5 Februari 2017

Gabit Juara Supermoto Asia!

Muhd Habibullah Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan 'Gabit' telah mempamerkan kecemerlangan yang cukup luar biasa di hadapan ribuan penyokong tempatan yang membanjiri Litar Stadium Shah Alam untuk meraih kejuaraan pertamanya dalam FIM Supermoto Championship 2016. Perlumbaan akhir kejuaraan ini turut disertai oleh para pelumba yang datang dari pelbagai negara luar seperti New Zealand, Jepun, Indonesia, USA, Taiwan, Hong Kong, China, Rusia, Filipina, Korea dan United Kingdom.

Malaysia merupakan destinasi terakhir dalam kalendar perlumbaan ini selepas Australia (September 2016), Indonesia (Oktober 2016) dan Filipina (November 2016).

 Muhd Habibullah Mohd Salleh (Gabit) menjadi Juara Keseluruhan buat Kelas International dan Kelas Asian.

Para pemenang Kelas Asian. Dari kiri: Mohd Khairi, Gabit dan Yasushi Matsumoto bersama piala masing-masing.
Para pemenang Kelas Asian. Dari kiri: Mohd Khairi, Gabit dan Yasushi Matsumoto bersama piala masing-masing.

Gabit mendapat keserasian dengan cepat dan mula memberi 'amaran' kepada para pelumba sejak di sesi latihan untuk mencatatkan masa yang terbaik. Turut mempamerkan tunggangan yang kemas ialah pelumba dari UK iaitu Lewis Cornish dan Richard Dibben dari New Zealand. Dalam perlumbaan 1, Cornish yang bermula dengan sangat baik cuba melarikan diri tetapi berjaya diikuti rapat oleh Gabit dan Dibben. Gabit mengerahkan seluruh tenaga dan kemahirannya untuk menyaingi rentak para pelumba di hadapannya.

Kemantapan para pelumba melakukan brek keras dan aksi sliding dengan kemas mengujakan para penonton yang hadir. Litar yang direka cukup teknikal ini juga mempertontonkan tahap kualiti tunggangan para pelumba bertaraf dunia yang hadir berentap pada hari itu.

Nasib tidak menyebelahi Cornish selepas dilanda masalah seterusnya memberikan peluang buat Dibben dan Gabit berentap sesama sendiri. Sorakan daripada para peminat telah membakar semangat Gabit dan akhirnya berjaya membuat pintasan beberapa lap sebelum tamat. Dibben yang pada mulanya cuba mengekang kemaraan Gabit akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat kedua diikuti seorang lagi pelumba negara, Khairi Zakaria di tempat ketiga

Richard Dibben (88) dan Lewis Cornish saling mengasak satu sama lain dalam perebutan tempat kedua dalam perlumbaan akhir Kelas International

“Saya sudah mula kepenatan kerana cuaca agak panas. Pada mulanya saya hanya mahu mengekori Dibben untuk melihat sejauh mana stamina pelumba ini tetapi apabila dia melakukan kesilapan, saya ambil peluang itu sebaik-baiknya untuk mencapai kemenangan,” kata Gabit pada Perlumbaan 1.

Perlumbaan 2 ternyata saat lebih penting dan lebih bersemangat untuk Gabit. Dia berjaya melakukan holeshot untuk memimpin perlumbaan sejak dari awal lagi. Dibben, Lewis dan McLiesh pula tidak ingin membiarkan kemenangan dicapai dengan mudah. Cornish yang memberi tekanan akhirnya berjaya membuatkan Gabit melakukan kesilapan di selekoh tetapi dengan pantas pelumba negara itu memperkemaskan tunggangannya untuk mengambil double-jump dengan lebih sempurna.

Ketangkasan dan keberanian para pelumba Kelas International mengujakan ribuan penonton yang membanjiri litar Stadium Shah Alam.
Ketangkasan dan keberanian para pelumba Kelas International mengujakan ribuan penonton yang membanjiri litar Stadium Shah Alam.

Walaupun diberi saingan hebat terutamanya oleh Dibben, Gabit akhirnya berjaya membuka jarak sedikit demi sedikit seterusnya melakar sejarah buat dirinya sebagai Juara Keseluruhan 2016. Untuk menzahirkan kegembiraannya, Gabit berlari ke arah para penonton untuk berkongsi kemenangan dan kemudiannya menuju ke arah ayahnya.

Tempat kedua dimenangi oleh Richard Dibben selepas berjaya menewaskan Yasushi Matsumoto yang juga mempersembahkan tunggangan yang cukup mantap.

Gabit juga menjuarai kategori Asian Class dengan 197 mata diikuti Mohd Khairi Zakaria (158 mata), Mohd Al-Amirul Ashshahid (143 mata), Takashi Sasaki (126 mata dan Mohd Hasroy dari Singapura dengan 109 mata).

Para pemenang Kelas Veteran. Dari kiri: Zamarul Anuar, Marcus Chong, Sunny Ramalingam, Charanjit Singh dan Dato’ Eric Loo.
Para pemenang Kelas Veteran. Dari kiri: Zamarul Anuar, Marcus Chong, Sunny Ramalingam, Charanjit Singh dan Dato’ Eric Loo.

Ibrahim (kiri) dan Adam Noroddin.

Turut dianjurkan pada hari tersebut ialah perlumbaan sokongan pelbagai kategori yang tidak kurang hebatnya. Kelibat pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin yang beraksi di dalam kelas Novice dan Open ditunggu-tunggu para peminat. Tunggangan hebat yang dipertontonkan oleh Adam, adiknya Ibrahim dan para pelumba lain cukup menghiburkan. Mohd Ibrahim Norrodin berjaya mengungguli Kelas Novice dan Adam pula mendominasi Kelas Open.

Bagi Kelas Veteran, Sunny Ramalingam terus memberi kejutan dengan gaya tunggangan yang memberangsangkan untuk memenangi perlumbaan kelas ini. Kelas CKD Open pula dimenangi oleh Mohd Noradly Khosmi yang menunggang sebuah Kawasaki KLX150. RR

Isu Pada

Februari 2017

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Jerez Jadi Medan Kebangkitan Qabil Irfan

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Motul kini penaja rasmi bagi pasukan Honda Racing Malaysia untuk tahun 2026.

Warta Roda

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Sah! Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan melancarkan model supersport yang telah tular di seluruh dunia iaitu ZXMOTO 820RR.

Model Baru

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Sah! Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan melancarkan model supersport yang telah tular di seluruh dunia iaitu ZXMOTO 820RR.

Model Baru

Harga Rasmi BMW F 450 GS Trophy Diumumkan - Bermula RM39,900

BMW Motorrad Malaysia secara rasmi mengumumkan harga bagi BMW F 450 GS Trophy Baharu yang ditawarkan bermula RM39,900.