☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 13 April 2017

Rea Mula Dominasi!

Juara bertahan, Jonathan Rea dari pasukan Kawasaki Racing ternyata membuka tirai musim terbaru 2017 dengan mempertontonkan 'persembahan' yang cukup cemerlang sekali. Pelincir terkemuka dunia, Motul sekali lagi menjadi Title Sponsor WSBK musim ini sementara itu, Pirelli masih dikekalkan sebagai penaja utama.

Selepas mendominasi perlumbaan sulung di Litar Phillip Island akhir Februari lalu, Rea bagaikan tiada penghalang untuk sekali lagi muncul juara dalam kedua-dua perlumbaan. Di Thailand, cuaca dan suhu yang panas tidak mengganggu pelumba Kawasaki ini untuk berada di litar dengan fokus seterusnya mencatatkan masa yang terpantas. Seorang lagi wakil pasukan Kawasaki, Tom Sykes berjaya mendapatkan petak kedua diikuti Marco Melandri (Aruba.it Racing Ducati), Alex Lowes (Pata Yamaha Official WSBK Team) dan Chaz Davies (Aruba.it Racing Ducati) di petak kelima.

Rea berjaya melakukan holeshot untuk meluncur dengan pantas sekali. Melandri, Sykes dan Davies cuba merapatkan diri di awal perlumbaan tetapi kesemuanya tidak mampu mendapatkan rentak seperti mana yang sedang dilakukan Rea. Melihat akan kemampuan luar biasa menakluki litar Thailand tersebut, kelompok kedua hanya berentap sesama sendiri untuk merebut tempat kedua.

Para pemenang Perlumbaan 2 WSBK. Dari kiri: Tom Sykes, Jonathan Rea dan Marco Melandri.
Para pemenang Perlumbaan 2 WSBK. Dari kiri: Tom Sykes, Jonathan Rea dan Marco Melandri.

Davies berjaya mengalah dua lagi pencabarnya untuk meraih tempat kedua, enam saat di belakang Rea, manakala pertarungan sengit di antara Sykes dan Melandri berpihak kepada pelumba Kawasaki itu dengan catatan 1'33.600 saat. Kedua-dua pelumba Yamaha iaitu Michael van der Mark dan Alex Lowes turut memberi keputusan yang cukup meyakinkan pada perlumbaan ini dengan masing-masing di tempat kelima dan keenam. Jordi Torres pula terus memberikan keyakinan buat pasukan Althea BMW Racing dengan kedudukan di tempat ketujuh.

Perlumbaan pusingan kedua Motul FIM Superbike World Championship 2017 ditutupi dengan kejayaan Rea untuk muncul juara buat kali keempat berturut-turut. Perlumbaan kedua ini terpaksa dimulakan semula selepas berlakunya kemalangan yang agak teruk melibatkan Lorenzo Savadori (Milwaukee Aprilia) di selekoh 12. Kemalangan ini menyebabkan perlumbaan dihentikan untuk proses pembersihan demi keselamatan para penunggang.

Jordi Torres (81) berjaya memintas Xavi Fores (12) ketika perebutan tempat kelima dalam Perlumbaan 2 WSBK.

Sebaik sahaja persaingan akhir dimulakan semula, Rea sekali lagi berjaya melarikan diri. Melandri mengekalkan momentum untuk memburu lawannya tetapi akhirnya terpaksa akur dengan kepantasan Rea untuk menjulang kemenangannya. Melandri yang pada mulanya berada di tempat kedua diberi tekanan hebat oleh seorang lagi pelumba Kawasaki, Sykes untuk merampas kedudukan tempat kedua beberapa lap sebelum tamat.

“Ini merupakan permulaan musim baru paling hebat dalam hidup saya. Saya cukup selesa dengan jentera ini. Saya agak risau apabila terpaksa bermula agak belakang (perlumbaan semula) kerana jentera Ducati cukup pantas. Saya amat bertuah kerana berjaya menewaskan Marco selepas tiga lap. Terima kasih buat semua pasukan kerana bertungkus lumus menyediakan jentera saya menjadi sebaik ini,” kata Rea.

Zulfahmi beraksi dengan penuh gaya dan semangat di Thailand.
Zulfahmi beraksi dengan penuh gaya dan semangat di Thailand.

“Berada kembali di podium adalah suatu yang cukup besar tambahan pula perlumbaan kali ini sangat sukar. Saya menghadapi masalah pada brek hadapan dan tahu bahawa Sykes akan berjaya memintas. Dalam pergelutan itu, kami bersentuh dan ketika itu saya tahu dia memang sedang bersungguh-sungguh. Terima kasih buat semua rakan sepasukan dan saya tidak sabar-sabar untuk dapatkan podium lagi,” komen Marco Melandri, pelumba baru Ducati.

Selepas dua pusingan, empat perlumbaan, Rea berada di tangga pertama dengan 100 mata sempurna diikuti oleh Chaz Davies (70 mata), Tom Sykes (62 mata), Alex Lowes 49 mata) dan Marco Melandri (45 mata). RR

Isu Pada

April 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).