☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 30 Jun 2017

Pedrosa Menang... Lorenzo Mula Dapat Rentak!

Selepas dua kali kempunan untuk menjulang kemenangan, pasukan Repsol Honda telah melipatgandakan usaha mereka untuk mendapatkan talaan terbaik dan menerusi maklum balas tepat yang diperolehi daripada kedua-dua pelumba mereka iaitu Dani Pedrosa dan Marc Marquez, jentera RC213-V mula mempamerkan taringnya.

Pada perlumbaan pusingan ketiga yang berlangsung di Amerika Syarikat, pasukan lain dikejutkan dengan kemantapan tunggangan yang dipamerkan oleh Marquez dan Pedrosa. Marquez yang mencatatkan masa terpantas dengan 2'02.741 untuk merebut petak pertama diikuti dua pelumba Yamaha, Vinales dan Rossi manakala Pedrosa, Zarco dan Lorenzo bersedia di barisan kedua.

Dani Pedrosa (26) & Marc Marquez (93).

Sebaik sahaja perlumbaan dimulakan, Pedrosa berjaya mencelah untuk memimpin perlumbaan diekori rapat oleh Marquez, Rossi dan Vinales. Tidak lama kemudian, pelumba sensasi Yamaha, Vinales terbabas ke luar litar manakala berlaku pula perlanggaran kecil di antara Rossi dan Zarco yang memberi peluang kepada dua pelumba Honda di hadapan membuka jarak.

Pedrosa akhirnya gagal menahan kemaraan Marquez yang semakin selesa mengawal segala pergerakan jenteranya. Rossi yang pada mula agak ketinggalan cuba merapatkan diri malah berjaya memintas Pedrosa untuk meraih tempat kedua. Dengan ketiadaan Vinales, Rossi cukup gembira apabila mengumpul 20 mata untuk berada di tangga tertinggi. Kemenangan ini ternyata menambah keyakinan Marquez, Pedrosa dan pasukan Honda untuk memberi cabaran pada musim ini.

Lorenzo dan krew pasukan Ducati Racing.
Lorenzo dan krew pasukan Ducati Racing.

Dua minggu kemudian, para pelumba tiba di Jerez untuk cabaran pusingan keempat dan di sinilah bermulanya rentak hebat Dani Pedrosa yang mendapat perhatian seluruh warga dan pencinta MotoGP. Kepantasan Pedrosa turut sukar dicapai oleh rakan sepasukannya, Marc Marquez yang cuba mengekorinya dari belakang. “Set tayar Michelin pertama saya cukup hebat sekali, ia memberi saya keyakinan. Saya kemudiannya memilih untuk mencuba set tayar kedua dan apabila bermula, Marquez juga bergerak dan mengekori saya. Di pertengahan jalan saya berhenti dan dia juga berhenti. Saya pandang dia dan saya tahu bahawa jika saya pantas, dia juga pantas. Ok...saya 'sahut cabarannya dan berjaya mendapatkan kedudukan yang terbaik,” kata Dani Pedrosa.

Pedrosa bermula dengan sempurna untuk berada di hadapan dan posisinya lebih 'terjamin' apabila rakan sepasukannya, Marquez berada di tempat kedua. Kedua-dua pelumba Sepanyol itu dengan tenang meratah setiap selekoh litar Jerez di hadapan penyokong sendiri. Perebutan tempat ketiga lebih sengit lebih-lebih lagi dengan tunggangan cukup garang dari Zarco dan kehadiran Jorge Lorenzo yang ternyata sudah semakin serasi dengan jentera Desmosedici GP17nya. Zarco mengerahkan jentera Yamahanya dengan keras untuk memintas semua pelumba di hadapannya satu per satu sehingga tiba di belakang Marquez.

Rossi dan Vinales gagal menyerlah dalam perlumbaan Litar Jerez berikutan masalah cengkaman tayar yang mereka hadapi.
Rossi dan Vinales gagal menyerlah dalam perlumbaan Litar Jerez berikutan masalah cengkaman tayar yang mereka hadapi.

Zarco dan Marquez saling pintas memintas tetapi akhirnya kemenangan berpihak kepada pelumba Repsol Honda manakala Lorenzo juga berjaya menggunakan kelebihan kuasa Ducati di laluan lurus untuk menundukkan Zarco. Rossi dan Vinales yang mengalami masalah tayar semakin ketinggalan di belakang dan terpaksa menyerah kalah. Pedrosa berjaya meraih podium pertamanya musim ini diikuti Marquez dan pelumba baru Ducati, Lorenzo di tempat ketiga. Ini juga merupakan sejarah terbaru buat Ducati kerana kali terakhirnya mereka berada di podium litar ini ialah menerusi Nicky Hayden pada tahun 2011 yang lalu.

“Saya super-happy dengan kemenangan di litar kesukaan saya dan di hadapan ahli keluarga, rakan-rakan dan seluruh peminat. Saya cukup menikmatinya lebih daripada apa yang telah saya kecapi sebelum ini. Pasukan saya bekerja dengan cemerlang sekali dan kami tahu, peluang untuk menang itu mungkin ada untuk kali ini. Saya memilih tayar jenis keras kerana suhu hari ini agak tinggi sedangkan saya lebih suka tayar jenis medium. Apa pun, saya gembira dengan pilihan saya,” komen Pedrosa.

Tunggangan agresif Iannone mengujakan para penonton.
Tunggangan agresif Iannone mengujakan para penonton.

“Podium di Jerezadalah hadiah paling bermakna untuk meraikan hari lahir saya yang ke-30. Ia adalah keputusan yang memberi kepuasan berbanding kemenangan-kemenangan sebelum ini kerana ia amat sukar untuk dicapai. Untuk menang di litar yang cukup sukar untuk jentera Desmosedici juga suatu yang mengagumkan. Tetapi saya sentiasa percaya pada diri dan seluruh pasukan dan inilah hasilnya,” kata Jorge Lorenzo, pemenang tempat ketiga Litar Jerez.

Masalah cengkaman tayar yang membelenggu dua pelumba Movistar Yamaha, Maverick Vinales dan Valentino Rossi telah memberikan keputusan yang kurang memberangsangkan iaitu masing-masing di tempat keenam dan ke-10. Walaupun begitu Rossi masih di tangga pertama kejuaraan dengan 62 mata, diikuti Vinales (60 mata) dan Marquez dengan 58 mata.

Perlumbaan kali ini juga memberi pengajaran buat pelumba Australia, Jack Miller yang dikenakan denda sebanyak €1,000 atas kekasarannya menolak Alvaro Bautista ketika kedua-duanya terlibat dalam kemalangan. Miller mengakui kesilapannya itu dan menerima keputusan MotoGP Steward dengan terbuka. RR

Isu Pada

Jun 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.