☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 15 Oktober 2018

BRAAAP Alafixo CBR250R: One Make Track Attack Heat 2

Komuniti Honda CBR250R Malaysia (KHCM) ditubuhkan pada 9 Disember 2011 bertujuan untuk mengeratkan persaudaraan silaturrahim sesama ahli luar dan dalam dunia permotoran. KHCM mempunyai 9000 ahli melalui laman web facebook dan sehingga ke hari ini masih lagi aktif dalam memberi sokongan kepada pemilik motosikal Honda CBR250R yang kini sudah lebih tujuh tahun di dalam pasaran.

Aktiviti terkini KHCM merupakan acara Trackday dan Track Attack. Melalui kolaborasi bersama BRAAAP Motorsport Malaysia, KHCM telah memenuhi satu slot bagi One Make Track Attack yang telah berlangsung pada 12 Ogos 2018 lalu di Sepang International Karting Circuit. Ini merupakan 'Heat 2' atau kali kedua acara ini dijalankan susulan kepada 'Heat 1' yang telah berlangsung pada bulan Mei lalu. Antara penaja yang terlibat di dalam menjayakan acara ini ialah Alafixo Sports Center di Seri Manjung dan MotoMoto dari Puchong.

BRAAAP TRACK ATTACK merupakan acara yang dianjurkan oleh BRAAAP Motorsport Malaysia semenjak tahun 2015. Tujuan utama penganjuran acara ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peminat sukan permotoran dua roda di litar perlumbaan dalam keadaan yang lebih terkawal dan selamat.

Para peserta diberi taklimat keselamatan oleh marshal rasmi Sepang International Circuit, Encik Zul. Setiap motosikal dan peserta juga diperiksa bagi memastikan semua aspek keselamatan dipenuhi. Ini semua bertujuan untuk membuka mata para peserta tentang disiplin dan betapa pentingnya keselamatan dalam mengharungi hobi dua roda yang penuh cabaran ini.

Penyertaan seramai 165 orang penunggang termasuk dari negara Thailand dan Singapura yang turut hadir memeriahkan suasana. Penyertaan paling ramai dari kumpulan Dato Sagor Challenge yang mengembalikan kegemilangan jentera dua lejang seperti Yamaha TZM, Yamaha RXZ, Honda NSR, Suzuki Panther dan juga Kawasaki ZX150 di dalam litar. Penyertaan model skuter seperti Suzuki VS125, Yamaha NMAX dan Yamaha NVX juga turut mewarnakan lagi suasana acara ini.

Lebih daripada 700 orang penonton memenuhi kedua dua “Grand Stand” di Sepang International Karting Circuit untuk menyaksikan gelagat para peserta ditemani dengan celoteh pengacara majlis, saudara Shahmie yang sentiasa menghiburkan.

Bagi Kategori CBR250R, KHCM telah menjemput saudara Luth Harith Erwan, pelumba Super 250 A di dalam Malaysian Superbike Championship dan juga bekas pelumba Asia Talent Cup untuk memberi sedikit tunjuk ajar tentang cara pengendalian dan aspek teknikal motosikal yang penting di dalam litar. Peserta juga berpeluang mengikuti secara praktikal di dalam sesi latihan bebas bersama-sama dengan pelumba jemputan. Saudara Eddy Erman dari Edderz MRI dijemput untuk turut serta berkongsi ilmu.

Setiap jentera peserta dilengkapkan dengan transponder dan “live lap time” setiap peserta dipaparkan di grandstand. Catatan masa ini sekaligus menjadi penanda aras bagi setiap peserta untuk menentukan tahap kemahiran menunggang masing masing dan membolehkan mereka memahami kelebihan dan kelemahan mereka dengan lebih jelas. Ini secara langsung menyedarkan setiap peserta betapa pentingnya teknik yang betul dalam tunggangan terutamanya pada kelajuan tinggi. Pastinya memberi manfaat kepada peserta baik di litar mahupun di jalan raya terutamanya dari sudut keselamatan.

Satu sesi Track Attack disediakan bagi mereka yang berminat. Acara ini merupakan simulasi perlumbaan di mana peserta diberi peluang merasai debaran di grid permulaan, kehangatan persaingan dan juga keseronokan melintasi garisan penamat dengan diiringi kibaran chequered flag. Melalui sesi Track Attack ini juga setiap peserta boleh menguji sejauh mana keberkesanan teknik tunggangan masing masing terutamanya menempuhi selekoh tajam. Sesi podium berserta saguhati daripada pihak penganjur dan penaja bagi setiap kategori melengkapkan simulasi suasana perlumbaan ini.

Bagi kategori Alafixo CBR250R Track Attack, setiap peserta menerima saguhati berupa minyak pelincir tajaan MotoMoto manakala bagi sesi Track Attack peserta yang berjaya menerima topi keledar model Grixent lengkap dengan peranti Bluetooth. RR

-Alantris-

Isu Pada

Oktober 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.