Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 14 November 2018

Afif Kian Hampiri Sasaran

Selepas beberapa tahun mencuba, pelumba dari Terengganu, Ahmad Afif dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing semakin hampir untuk menggapai impiannya bergelar juara keseluruhan. Ahmad Afif berjaya sekali lagi mempamerkan tunggangan yang cukup hebat pada perlumbaan akhir CP150 yang berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu pada awal Oktober lalu.

Kasma (27) berjaya menewaskan Hafiz untuk meraih tempat ketiga.

Ternyata bersaing di halaman sendiri memberi banyak peluang buat Afif untuk mendapatkan catatan masa terbaik. Dengan kepantasan itu, Afif bermula di petak pertama diikuti oleh rakan sepasukannya Md Hafiz Nor Azman manakala juara 2017, Kasma Daniel dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor di petak ketiga.

Afif bermula cukup baik untuk memimpin. Namun begitu, untuk berasa selesa sememangnya cukup sukar kerana di belakangnya terdiri daripada para pelumba yang cukup 'garang' iaitu Kasma, Hafiz, Akid dan Ramdan. Kelima-lima pelumba pasukan PETRONAS ini membuka kumpulan paling hadapan dengan aksi-aksi yang cukup mendebarkan. Kasma yang terkenal dengan serangan di selekoh-selekoh tajam beberapa kali cuba mengacah tetapi setiap ruang pantas ditutup dengan kemas oleh Afif.

Persaingan akhir CP150 bermula dengan cukup sengit.
Persaingan akhir CP150 bermula dengan cukup sengit.
Azroy kini berada di tangga ke-10 keseluruhan dengan kutipan 35 mata.
Azroy kini berada di tangga ke-10 keseluruhan dengan kutipan 35 mata.

Menyedari agak sukar untuknya membuka jarak, Afif hanya mampu untuk mengemaskan tunggangannya dan membrek dengan tepat agar tidak dipintas oleh para pelumba di belakangnya. Posisi tempat kedua kemudiannya pula menjadi rebutan di antara Kasma dan Akid. Masing-masing tidak mahu mengalah dan mempunyai kemahiran tersendiri untuk mengatasi lawan.

Selepas berjaya menundukkan lawannya, Akid terus bersedia untuk mengejar Afif yang mula membuka jarak. Sedikit demi sedikit jurang masa di antara Afif dan Akid semakin kecil tetapi kemenangan akhirnya berpihak kepada Afif yang terlebih dahulu menerima kibaran bendera penamat.

Dari kiri: Akid, Afif dan Kasma bersama piala kemenangan masing-masing.
Dari kiri: Akid, Afif dan Kasma bersama piala kemenangan masing-masing.

“Perlumbaan ini sangat sukar walaupun saya mendahului keseluruhan perlumbaan. Kasma memberi tentangan sengit dan sentiasa cuba memintas pada awal perlumbaan. Selepas berjaya menjarakkan diri setelah Kasma melakukan kesilapan, Akid pula mengejar sehingga berjaya merapatkan kedudukan pada penghujung perlumbaan. Saya terpaksa bekerja keras dan mengerah pengalaman yang ada untuk mempertahankan kedudukan,” jelas Afif yang kini mengungguli carta keseluruhan dengan 160 mata.

CP115: Enam kali menang, sekali di tempat keempat... kini telah terkumpul sebanyak 163 mata meninggalkan pencabar di tempat kedua dengan perbezaan sebanyak 67 mata. Takhta Juara CP115 ternyata semakin hampir dalam genggaman seorang lagi pelumba dari Terengganu, Tengku Amirul Haffirudin. Walaupun berlumba di 'halaman' sendiri, Tengku telah diberi tentangan hebat oleh Nazirul Izzat dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ dan Syafiq Rosli. Nazirul yang cukup serasi dan selesa dengan keadaan litar ini sememangnya mempunyai potensi besar untuk menang tetapi segala usahanya telah berjaya diatasi oleh Tengku.

Kedua-dua pelumba ini membuka kelompok tersendiri meninggalkan Syafiq, Haziq dan Syukran di belakang yang bertarung dengan sengit untuk mendapatkan tempat ketiga. Kemantapan Tengku memberikannya kemenangan mutlak buat kali ketiga berturut-turut dengan catatan masa 10:47.978s manakala Izzat terpaksa berpuas hati di tempat kedua. 'Kumpulan' belakang dimenangi oleh Syafiq Rosli hanya 0.53 saat di hadapan pemenang tempat keempat, Md Haziq Md Fairues.

WIRA: Takhta juara keseluruhan kategori ini jelas terbuka luas buat tiga orang pelumba iaitu Danial Syahmi, Alif Ashraf dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha dan pelumba dari Kuala Lumpur, Syarifuddin Azman. Syarifuddin yang agak kurang menyerlah di awal musim ternyata amat berbeza sejak kemenangan yang dicapainya pada pusingan keempat yang berlangsung di Temerloh pada bulan Ogos lalu. Dia kini sudah empat kali berturut-turut berdiri megah di tangga tertinggi podium dan merapatkan kedudukannya dengan pendahulu carta, Danial Syahmi.

Dalam perlumbaan akhir di Kuala Terengganu tempohari, ketiadaan Danial Syahmi merupakan peluang yang sukar dilepaskan oleh dua orang pesaing iaitu Alif Ashraf dan Syarifuddin. Apa pun, tahniah buat pelumba bernombor 99 iaitu Harith Haziq yang mengejutkan para pelumba lain selepas bermula dengan cemerlang sekali. Tersentak dengan pecutan Harith, Syarifuddin tidak membuang masa untuk mengejar dan cuba memintas. Walaupun cuba disekat, Syarifuddin tetap berjaya memintas empat lap kemudian.

Syarifuddin kemudiannya mengerahkan seluruh tenaga jentera Hondanya untuk mencari bendera penamat dan sedikit demi sedikit dia membuka jarak sehinggalah sejauh 6.2 saat pada lap terakhir. Alif tamatkan cabaran di tempat kedua manakala Harith di tempat ketiga. Danial Syahmi masih di tangga teratas keseluruhan dengan 113 mata diikuti Alif Ashraf 112 mata dan sedang mengejar dengan pantas, Syarifuddin di tangga ketiga dengan 108 mata.

Yamaha Petronas Super Series: Boleh dikatakan inilah antara perlumbaan akhir dalam kategori ini yang benar-benar sengit. Perebutan tempat pertama di antara Aliff Daniel, Faiz Halim dan Md Haziq Rosmaza. Sepanjang 10 lap perlumbaan, memang sukar untuk diteka siapa bakal juara kerana masing-masing mempamerkan kualiti kawalan dan pengendalian yang hebat.

Apa pun, tahniah buat pelumba dari Johor iaitu Aliff Danial yang menang dengan catatan masa 7:49.432s diikuti oleh Faiz hanya 0.25s di belakang manakala Haziq di tempat ketiga. Haziq kini mengumpul sebanyak 141 mata diikuti Aliff Danial (116 mata) dan Md Nor Hakim di tangga ketiga keseluruhan dengan 77 mata.

Cabaran Honda One Make Race: Selepas litar Kangar, ini merupakan kali kedua buat 21 orang pelumba berentap menggunakan jentera baru Honda Dash 125 yang menggantikan penggunaan model Honda Wave Alpha. Ternyata jentera Honda baru ini menawarkan posisi menunggang yang mudah mendapat keserasian buat semua pelumba. Bagi anak muda dari Negeri Sembilan, Idlan Haqimi, kejayaannya pada dua pusingan sebelum ini telah menyuntik semangat untuk terus mendapatkan rentak terbaik di setiap pusingan agar impiannya bergelar juara 2018 tercapai.

Walaupun diberi tentangan hebat oleh Izzat dan Izham di awal perlumbaan, Idlan akhirnya menunjukkan taring untuk meraih kemenangan hatrik di Terengganu dan menambah 25 mata lagi untuk berada di tangga teratas dengan 123 mata. Tahniah juga buat Izzat yang akhirnya meraih podium kembali selepas sudah agak lama 'menyepi'. Tempat ketiga dimenangi oleh Md Izham yang melintasi garisan penamat dengan catatan masa 7:58.532s.

Cabaran Yamaha NVX: Perlumbaan Yamaha NVX menarik perhatian para pengunjung yang cukup teruja melihat kuasa dan kelincahan jentera automatik yang bersesaran 155cc. Walaupun ianya hanya sebuah skuter, kemantapan jentera ini meratah setiap selekoh sememangnya mengagumkan. Ketiadaan sistem transmisi memerlukan kawalan brek dan pendikit yang tepat agar kawalan di selekoh lebih tangkas.

Zairul Kazzreen mengulangi kejayaannya sekali lagi untuk menang di Terengganu diikuti oleh Aiman Aziz dan Haziq Hanafi masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Para pelumba lain seperti Adib Kharith, Arif Izzan dan Md Azam perlu lebih berani pada pusingan seterusnya agar berpotensi untuk mendapatkan podium.

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Litar Batu Kawan pada 28 Oktober diikuti Litar Jempol, Negeri Sembilan pada 18 November nanti. RR

Isu Pada

November 2018

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Jerez Jadi Medan Kebangkitan Qabil Irfan

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Selama 15 tahun, festival ini berkembang daripada sebuah perhimpunan kecil komuniti kustom kepada acara gaya hidup yang menjadi tumpuan peminat automotif bukan sahaja di Malaysia, malah dari seluruh Asia.

Dari Litar

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Dengan kemenanhan di tempat ketujuh melonjakkan lagi kedudukan Hakim Danish di tangga keenam secara keseluruhan.

Model Baru

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Sah! Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan melancarkan model supersport yang telah tular di seluruh dunia iaitu ZXMOTO 820RR.

Warta Roda

Honda Vario 125 Baharu Tampil Dengan Ciri Dipertingkatkan - RM7,268

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan Honda Vario 125 Baharu yang tampil dengan beberapa pembaharuan.