Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Julai 2019

Fabio Quartararo Julang Nama Petronas

Selepas tujuh pusingan berlalu, pelumba pasukan PETRONAS Yamaha SIC Racing Team (SRT), Fabio Quartararo telah berjaya merealisasikan impiannya untuk berada di podium selepas mempamerkan tunggangan yang cukup mantap di litar Catalunya untuk meraih tempat kedua. Walaupun baru sahaja menjalani pembedahan pada bahagian tangan kanannya 12 hari sebelum perlumbaan, ia tidak menghalang pelumba yang berusia 20 tahun itu untuk mencatatkan masa terbaik di sesi kelayakan.

Dari kiri: Quartararo, Marc Marquez dan Petrucci meraikan kemenangan MotoGP di litar Catalunya.
Dari kiri: Quartararo, Marc Marquez dan Petrucci meraikan kemenangan MotoGP di litar Catalunya.

Walaupun bermula di petak pertama, Quartararo agak ketinggalan selepas para pelumba berpengalaman seperti Marc Marquez, Andrea Dovizioso, Maverick Vinales, Valentino Rossi dan Danilo Petrucci memecut dengan sempurna untuk membentuk kelompok paling depan. Selepas memiliki talaan terbaik, Vinales dan Rossi amat yakin dengan jentera masing-masing untuk menyaingi kepantasan Marquez dan Dovizioso.

Quartararo mencipta sejarah peribadi dengan pasukan PETRONAS Yamaha SRT.
Quartararo mencipta sejarah peribadi dengan pasukan PETRONAS Yamaha SRT.

Persaingan awal turut memberi kejutan apabila seorang lagi pelumba Honda, Jorge Lorenzo yang agak suram sebelum ini memiliki pecutan yang tidak kurang hebatnya. Dari kedudukan petak ke-10, Lorenzo berjaya meloloskan diri untuk merebut tempat keempat seawal lap pertama. Akibat terlalu gopoh membuat serangan, Lorenzo terbabas sambil 'menyapu' tiga orang pelumba paling hadapan iaitu Vinales, Dovizioso dan Rossi. Seluruh krew pasukan Yamaha dan Ducati tergamam dengan insiden itu dan sudah pasti ianya amat sukar diterima ketiga-tiga pelumba yang bernasib malang itu.

Ketiadaan Vinales, Dovizioso dan Rossi amat ditunggu-tunggu oleh Marquez yang mula selesa di tempat pertama. Perebutan tempat kedua lebih sengit! Petrucci diasak hebat oleh Alex Rins dan Quartararo yang ternyata mempunyai rentak lebih pantas. Rins cuba menyerang beberapa kali sehinggalah jenteranya hampir terlanggar Petrucci menyebabkan dia terpaksa cuba memberhentikan GSX-RRnya sebaik mungkin. Walaupun motosikalnya bergoyang, Rins akhirnya berjaya kembali ke laluan dengan selamat.

Petrucci sekali lagi berjaya menaiki podium.
Petrucci sekali lagi berjaya menaiki podium.

Petrucci akhirnya terpaksa menyerahkan kedudukannya kepada Quartararo yang berjaya memintas beberapa lap sebelum tamat. Sememangnya Marquez sudah terlalu jauh untuk dipintas dan akhirnya meraih kemenangan seterusnya dengan catatan masa 40'31.175s. Kemenangan ini juga mengukuhkan lagi kedudukan Marquez di tangga pertama dengan 140 mata.

Berita paling sensasi tentulah dengan kejayaan yang dicapai oleh Quartararo di tempat kedua walaupun baru pertama kali menunggang jentera Yamaha M1nya di litar Catalunya. Kesabaran pelumba ini menunggu masa terbaik untuk menyerang dan membuktikan kematangannya serta benarlah komen dari Rossi, “Quartararo memiliki peluang cerah untuk cemerlang dalam MotoGP.”

Marc Marquez cukup bertuah kerana tiga pencabar utamanya tersingkir awal.
Marc Marquez cukup bertuah kerana tiga pencabar utamanya tersingkir awal.

“Ini merupakan saat paling gembira dan mengujakan. Saya amat berbangga kerana ia adalah perlumbaan yang sukar. Saya bermula dengan baik kemudian turun dua posisi kerana membuat kesilapan. Dengan tekad dan adrenalin, saya berjaya untuk berentap hebat dan meraih kemenangan. Awalnya kesakitan pada tangan saya tidak mengganggu prestasi tetapi ia semakin sakit menjelang akhir perlumbaan tetapi saya gagahi jua. Segala pengorbanan dan usaha berbaloi dengan kejayaan ini,” kata Fabio Quartararo.

Rossi hilang mata disebabkan kecuaian orang lain.
Rossi hilang mata disebabkan kecuaian orang lain.

Maverick Vinales yang sedang mencari rentak untuk mencabar Marquez dan Dovizioso cukup kecewa kerana amat yakin jenteranya mampu untuk mendapatkan podium. “Saya dapat lihat seseorang datang dengan sangat laju dari tepi. Saya cuba mengangkat motor untuk mengelak memandangkan Dovi juga di tepi saya. Saya agak perlanggaran itu tidak melibatkan saya tetapi malangnya kedua-dua jentera melanggar saya. Walaupun masih kecewa, kami tetap positif kerana kaedah baru yang digunakan pada jentera kami membuahkan hasil,” komen Vinales.

Marquez kini berada di tangga teratas dengan 140 mata diikuti Andrea Dovizioso 103 mata, Alex Rins 101 mata, Danilo Petrucci 98 mata dan Valentino Rossi di tangga kelima dengan 72 mata.

Joan Mir (36) & Alex Rins (42).

Moto2

Alex Marquez mendominasi perlumbaan kelas ini dengan penuh bergaya apabila berjaya menundukkan seteru utamanya, Thomas Luthi dengan perbezaan masa hanya 1.98 saat. Kemenangan hatrik ini lebih bermakna apabila dilakukan di hadapan para penonton dan penyokong sendiri yang membanjiri litar. Kemalangan yang menimpa Lorenzo Baldassarri telah memberi peluang buat Marquez meraih lebih mata untuk berada di tangga teratas keseluruhan.

Selepas mendapatkan petak utama, Augusto Fernandez cuba melarikan diri tetapi segala usahanya berjaya dipatahkan oleh Luthi dan Marquez dengan mudah. Oleh kerana tidak mampu mengejar, Fernandez mengemaskan tunggangan sehinggalah menerima kibaran pemenang di tempat ketiga.

Morbidelli terkandas beberapa lap sebelum tamat.
Morbidelli terkandas beberapa lap sebelum tamat.
Vinales cukup positif dengan prestasi jenteranya.
Vinales cukup positif dengan prestasi jenteranya.

Memandangkan Khairul Idham Pawi masih di dalam proses pemulihan, tempatnya kini diganti oleh pelumba berpengalaman, Jonas Folger sekurang-kurangnya untuk tiga pusingan. Pada perlumbaan di Catalunya, Jonas Folger berjaya menamatkan cabaran di tangga ke-19 dengan catatan masa 1'45.701 saat. Didoakan agar KIP cepat sembuh untuk kembali memberi saingan.

Moto3

Walaupun sekadar naib johan, ia sudah memadai buat seorang lagi pelumba Sepanyol, Aron Canet untuk mengukuhkan kedudukannya di tangga keseluruhan Moto3. Perlumbaan akhir kelas ini mempamerkan kecekapan para pelumba tuan rumah menguasai litar yang sepanjang 4.6 kilometer ini. Marcos Ramirez telah berjaya menewaskan para pelumba lain untuk menjadi juara diikuti oleh Canet manakala pelumba didikan Valentino Rossi, Celestino Vietti dari pasukan SKY Racing Team VR46 di tempat ketiga.

Doakan agar Khairul Idham Pawi cepat sembuh sebelum kembali dalam saingan Moto2.
Doakan agar Khairul Idham Pawi cepat sembuh sebelum kembali dalam saingan Moto2.

Tahniah diucapkan buat kedua-dua pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Racing terutamanya Ayumu Sasaki yang menamatkan cabaran di tempat kelapan manakala John McPhee terpaksa berpuas hati di tempat ke-13.

Perlumbaan selepas ini akan berlangsung di Assen, Belanda pada 30 Jun diikuti Sachsenring, Jerman pada 7 Julai 2019. RR

Isu Pada

Julai 2019

Popular

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

  • Pandu Uji

    Clutchless....Stressless.. Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Memang Best!

  • Dari Litar

    Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

  • Dari Litar

    SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Artikel berkaitan

Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Apa Lagi Marc Marquez Tak Boleh Lakukan? Minggu Sempurna Buat #93

Toprak Razgatlioglu Akhirnya ke MotoGP?

JuniorGP: Hakim Danish Bangkit di Perlumbaan kedua

UB150: Voge FR150 Sedia Bertempur Dalam Pus. Kedua ARRC

Luca Marini Cedera Semasa Sesi Ujian Suzuka 8 Hours

Suzuki Bakal Beraksi di ARRC 2025 Pus. Kedua

Disyorkan untuk anda

MotoGP: Jorge Martin Tinggalkan Aprilia?

Memandangkan kecederaan yang dialami oleh pelumba Sepanyol itu cukup serius, ia telah menyukarkan posisinya setakat ini. Terbaru, Martin telah menyatakan untuk keluar daripada pasukan.

Dari Litar

Luca Marini Cedera Semasa Sesi Ujian Suzuka 8 Hours

Pelumba Honda Factroy MotoGP iaitu Luca Marini mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan ketika sesi ujian bagi persiapan perlumbaan Suzuka 8 Hours.

Model Baru

CFMOTO 800MT-X Sebuah Jentera Adventure Touring - RM48,888

CFMOTO Malaysia turut memperkenalkan sebuah lagi model terbaru bagi segmen adventure touring iaitu 800MT-X.

Model Baru

Harley-Davidson Fat Boy Gray Ghost: Lawa Lain Macam!

Harley-Davisdon Fat Boy Gray Ghost 2025 dihasilkan untuk memberi penghormatan kepada legasi Fat Boy yang mendefinisikan jiwa dan era peminat dunia motosikal. Model baru ini mewarisi gaya asli 1990 yang telah mendapat perhatian dunia suatu ketika dulu.