☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Disember 2017

WSBK 2017 Pusingan ke-14 Akhir, Litar Losail, Qatar : KAWASAKI Tutup Tirai 2017 WSBK

Perlumbaan akhir WSBK yang berlangsung di Litar Losail, Qatar telah memberikan satu lagi kemenangan bermakna buat Jonathan Rea dari pasukan Kawasaki Racing selepas melintasi garisan penamat dua saat di hadapan Chaz Davies (Aruba.it Racing – Ducati) manakala pelumba pasukan Pata Yamaha Official WorldSBK, Alex Lowes di tempat ketiga. Kejayaan ini juga memberikan Rea (dinobatkan sebagai juara WSBK 2017 pada Pusingan 11 di Perancis Oktober lalu) sebagai pelumba yang memiliki mata terbanyak dalam satu musim dengan 16 kali kemenangan dan 24 kali podium tahun ini.

Jonathan Rea (tengah) diapit oleh dua pelumba Ducati iaitu Chaz Davies (kiri) dan Marco Melandri.
“Ia amat mengagumkan dan tiada kata-kata untuk menggambarkan kegembiraan saya. Saya ingin ucapkan terima kasih buat semua pencabar kerana musim ini memang cukup menarik dan pastinya kita akan lebih mencabar pada tahun hadapan,” komen Jonathan Rea.

Dalam perlumbaan akhir, Davies bermula dengan luar biasa apabila berjaya memecut jentera Ducatinya dari kedudukan petak kelapan kepada posisi paling depan tidak sampai dua selekoh sahaja. Walaupun begitu, Rea berjaya memintas dalam lap keempat dan terus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.

Alex Lowes memberi tentangan hebat.
Alex Lowes memberi tentangan hebat.


Ketika sedang berusaha keras untuk mengejar, Davies hampir terbabas namun kecekapannya mengawal keadaan cemas itu menerima tepukan gemuruh. Davies mengemaskan tunggangan untuk meneruskan cabaran dan terpaksa berpuas hati di tempat kedua seterusnnya menikmati takhta naib juara keseluruhan pada tahun ini. Seorang lagi pelumba Ducati, Marco Melandri turut cemerlang pada perlumbaan 1 dengan posisi podium di tempat ketiga dan tempat kelima dalam perlumbaan 2.

“Kami berjaya menepati sasaran. Kedudukan kedua adalah objektif utama dan satu kepuasan apabila berjaya menyelamatkan keadaan untuk mencapai keputusan sebaik ini,” komen Chaz Davies.

Para pemenang WSBK - Perlumbaan 2: Dari kiri: Davies, Rea dan Lowes.
Para pemenang WSBK - Perlumbaan 2: Dari kiri: Davies, Rea dan Lowes.


Alex Lowes pula berjaya sekali lagi meraih tempat di podium (tempat ketiga) selepas menewaskan rakan sepasukannya M.Van Der Mark dengan perbezaan masa 1.658 saat. Musim ini juga menunjukkan prestasi jentera Yamaha YZF-R1 yang semakin pantas dan garang.

Pelumba Althea BMW Racing Team, Jordi Torres pula terlibat dalam kemalangan yang agak merisaukan ketika meratah selekoh 5. Pelumba Sepanyol ini dilihat berusaha untuk berjalan selepas terhumban jauh dan nasib yang sama juga menimpa pelumba Kawasaki, Tom Sykes yang terbabas pada lap ketiga menyebabkan hasratnya untuk mencabar Davies dalam perebutan tempat kedua keseluruhan musnah sama sekali.

Lucas Mahias (Juara WSSP 2017) mengendalikan jentera Yamaha YZF-R6 dengan cukup cemerlang.
Dalam kelas WorldSSP, pelumba pasukan GRT Yamaha Official WorldSSP, Lucas Mahias akhirnya berjaya menjuarai kelas ini selepas mengungguli perlumbaan akhir dengan penuh bergaya. Kejayaan pelumba Perancis ini memang cukup bermakna buat dirinya selepas mengharungi musim yang penuh dugaan dan cabaran.

Para pemenang WSSP pusingan akhir. Dari kiri: Cluzel, Mahias dan Sofuoglu.
Para pemenang WSSP pusingan akhir. Dari kiri: Cluzel, Mahias dan Sofuoglu.


Mahias menutup tirai cabaran WSSP dengan 190 mata, menewaskan juara bertahan Kenan Sofuoglu dari pasukan Kawasaki di tangga kedua dengan 161 mata. Tangga ketiga diisi oleh pelumba Honda, Jules Cluzel dengan 155 mata diikuti Sheridan Morais yang menunggang jentera Yamaha di tangga keempat.

Zulfahmi Khairuddin mempamerkan tunggangan yang cukup meyakinkan dalam persaingan akhir WSSP.
Zulfahmi Khairuddin mempamerkan tunggangan yang cukup meyakinkan dalam persaingan akhir WSSP.


Pelumba negara, Zulfahmi Khairudin menamatkan cabaran pusingan akhir di tempat ke-19 dengan masa 2'03.861 saat dan berada di tangga ke-37 keseluruhan dengan kutipan enam mata. RR

Isu Pada

Disember 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.