☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Julai 2016

MotoGP 2016 : Lorenzo Tawan Mugello, Rossi Juara Catalunya

Pertarungan di antara Jorge Lorenzo, Marc Marquez dan Valentino Rossi terus sengit sehinggakan tidak boleh ada ruang bagi setiap pelumba itu untuk melakukan kesilapan melainkan kedudukannya akan diatasi oleh mereka yang lebih mantap.

Rossi (46) dan Vinales akan berada dalam satu pasukan yang sama pada musim hadapan.

Perlumbaan pusingan keenam yang berlangsung di litar Mugello, Itali ternyata menjadi medan penting buat Rossi untuk memperoleh mata sebanyak mungkin memandangkan ia adalah 'kampung halamannya'' sendiri. Di hadapan puluhan ribu penyokongnya, pelumba berusia 37 tahun ini akhirnya berjaya mencatatkan masa terpantas bagi menempah petak pertama diikuti Maverick Vinales dan Iannone.

Para pelumba, krew pasukan dan para penonton bertafakur untuk menghormati kehilangan pelumba Moto2, Luis Salom.
Para pelumba, krew pasukan dan para penonton bertafakur untuk menghormati kehilangan pelumba Moto2, Luis Salom.

Walaupun begitu, permulaan yang cukup sempurna oleh Lorenzo membolehkannya memintas para pelumba lain termasuk Rossi di awal-awal saingan. Rossi terus mengekori Lorenzo dengan rapat tanpa menghiraukan para pelumba lain seperti Vinales, Marquez, Dovizioso dan Iannone yang turut bersemangat mencari kemenangan.

Kepuasan jelas terpancar di wajahnya kerana sudah terlalu lama Rossi tidak menjadi juara di Litar Catalunya.
Kepuasan jelas terpancar di wajahnya kerana sudah terlalu lama Rossi tidak menjadi juara di Litar Catalunya.

Pertarungan kedua-dua pelumba Yamaha itu cukup sengit sehingga mula membuka jarak pada lap kelima. Rossi ternyata menunggu saat paling sesuai untuk membuat serangan tetapi ia bukanlah satu tugas yang mudah. Sedang rancak mengacah, tiba-tiba jentera Rossi berasap dan terpaksa 'mengalah' lebih awal. Rossi jelas kecewa dengan masalah teknikal itu malah segala perancangannya di Mugello telah musnah.

Maverick Vinales.
Maverick Vinales.

Lorenzo terus mantap untuk menafikan segala serangan daripada Marc Marquez dan Iannone yang ketika itu mula merapatkan diri. Lorenzo akhirnya muncul juara dengan catatan masa 41'36.535 saat diikuti Marquez dan Iannone masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Marc Marquez (93) kini berada di tangga teratas dengan 125 mata.

Dari Itali, para pelumba terbang ke Sepanyol untuk perlumbaan pusingan ketujuh yang berlangsung di Litar Catalunya pada 5 Jun lalu. Litar sepanjang 4.7 kilometer dengan 13 buah selekoh ini semestinya merupakan litar kegemaran para pelumba tuan rumah seperti Lorenzo, Marquez, Pedrosa dan Vinales.

Penyokong ‘The G.O.A.T’ ada di mana-mana sahaja.
Penyokong ‘The G.O.A.T’ ada di mana-mana sahaja.

Seperti yang dijangka, tiga petak utama paling hadapan diungguli oleh pelumba tuan rumah. Seperti biasa, Lorenzo berjaya memecut lebih awal untuk memimpin perlumbaan tetapi dengan pantas dicabar oleh dua pelumba Repsol Honda, Marquez dan Pedrosa. Berada di dalam kelompok utama ialah pelumba Ducati, Iannone dan ayam tambatan pasukan Suzuki, Maverick Vinales.

Prestasi Pol Espargaro perlu dipertingkatkan untuk lebih berdaya saing.
Prestasi Pol Espargaro perlu dipertingkatkan untuk lebih berdaya saing.

Lap kedua menunjukkan kepantasan Valentino Rossi yang cukup luar biasa dengan keupayaan memintas jentera Ducati dan Suzuki di laluan lurus dengan mudah. Tidak lama kemudian, Pedrosa pula menjadi mangsa pelumba Itali itu. Pertarungan tempat keempat dan kelima di antara Vinales dan Pedrosa juga berlangsung dengan sengitnya.

Marquez ‘menghadiahkan’ kemenangannya pada Luis Salom
Marquez ‘menghadiahkan’ kemenangannya pada Luis Salom

Rossi sentiasa mendapatkan catatan masa terpantas membolehkannya mengejar dan memintas Marquez pada lap kelima. Lorenzo yang sedang dilanda masalah cengkaman tayar hadapan akhirnya terpaksa menyerah kalah kepada Rossi dan Marquez yang ternyata lebih pantas. Sorakan daripada lebih 100 ribu orang penonton bergema apabila Rossi dan Marquez cuba mengatasi satu sama lain. Pertarungan epik ini bagaimana pun berpihak kepada pelumba Yamaha yang berjaya melintasi garisan penamat dua saat lebih awal berbanding Marquez di tempat kedua diikuti seorang lagi pelumba Repsol Honda, Dani Pedrosa.

Dani Pedrosa (26) mengerahkan seluruh tenaganya untuk menahan serangan daripada Vinales.

“Saya rasa ia merupakan hari Ahad yang sempurna kerana kami berjaya mempertingkatkan segala talaan pada pagi ini. Ia perlumbaan yang hebat. Saya cuba 100% untuk berada selesa di hadapan sekali tetapi malangnya tidak dapat meninggalkan Marquez. Saya cukup sukakan litar ini tetapi sejak 2009 lagi saya tidak pernah menang di sini. Ia adalah salah satu kemenangan paling hebat dalam karier saya,” komen Valentino Rossi.

Iannone perlu lebih berhati-hati di masa akan datang.
Iannone perlu lebih berhati-hati di masa akan datang.

“Ia adalah minggu yang cukup sukar buat kami semua dan bersama-sama memberikan penghormatan kepada Luis Salom dengan kehebatan persaingan hari ini. Saya juga seronok dapat berlumba dengan Valentino dan amat penting buat dunia perlumbaan motosikal apabila Valentino Rossi dan saya bersalaman semula. Ia adalah satu perkara baik untuk dilakukan dalam situasi sebegini,” kata Marquez.

Dovizioso perlu terus gigih dan bersikap positif untuk mendapatkan posisi yang lebih baik.
Dovizioso perlu terus gigih dan bersikap positif untuk mendapatkan posisi yang lebih baik.

Lebih malang buat Lorenzo apabila disondol oleh Iannone pada lap ke-17 menyebabkan kedua-dua pelumba tersebut terbabas ke tepi litar. Insiden tersebut jelas mengecewakan Lorenzo yang pulang dengan tangan kosong manakala Iannone pula telah dikenakan hukuman bermula di petak paling belakang pada pusingan kelapan (Litar Assen) dengan dua mata penalti.

Sebelum berhijrah ke pasukan Ducati pada musim hadapan, Lorenzo akan cuba memastikan kejuaraan tahun ini menjadi miliknya.
Sebelum berhijrah ke pasukan Ducati pada musim hadapan, Lorenzo akan cuba memastikan kejuaraan tahun ini menjadi miliknya.

“Dia tidak meminta maaf sebaliknya bertanyakan sama ada enjin motosikal saya bermasalah. Saya rasa dia bersalah tetapi riaksinya berlainan. Akan sentiasa ada seorang pelumba yang tidak memahami bahawa risiko daripada tindakannya boleh mencederakan pelumba lain,” rungut Lorenzo.

Bradley Smith gagal mendapatkan sebarang mata di Catalunya.
Bradley Smith gagal mendapatkan sebarang mata di Catalunya.

Selepas upacara penyampaian hadiah, semua pelumba, krew dan para penonton diminta bertafakur selama seminit demi memberi penghormatan terakhir kepada pelumba Moto2, Luis Salom. RR

Isu Pada

Julai 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.