☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Kembara / 10 Ogos 2019

Gathering Radion Bikers Di Janda Baik

Roentgen Bikerz Gathering - Vol 1' telah berjaya dianjurkan pada awal Julai lalu bertempat di Janda Baik, Pahang. Acara ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan peminat dua roda yang terdiri di kalangan juru X-Ray seluruh pelusuk Malaysia tanpa mengira jenis dan cc motosikal. Matlamatnya adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan merapatkan ukhwah antara senior dan junior serta bersuai kenal dengan ahli-ahli dari negeri lain.

Gathering edisi pertama ini dianjurkan oleh kelab permotoran Radion Bikers yang bertapak di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang. Program ini dikelolakan oleh En. Rasmanizam merangkap Presiden Radion Bikers sendiri dan dibantu oleh En. Syed Mohd Redhuan bagi melancarkan lagi perjalanan program tersebut.

Program ini disambut baik dari peserta Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor. Seramai 30 orang dengan pelbagai kenderaan dua roda diuji dalam perjalanan jarak jauh ini seperti Yamaha 135LC, Y15ZR, R6, R25, NMax, Honda RS150, Kawasaki Ninja 250, Z8, Harley Davidson, Modenas Pulsar dan pelbagai lagi. Pendek kata, dari motor kecil sampai yang besar... semua ada!

Pada hari tersebut, semua peserta dikehendaki berkumpul di RnR Genting Sempah pada jam 12 tengahari sebelum bergerak beramai-ramai ke lokasi program iaitu Abang Bob Chalet & Campsite. Pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang program ini antaranya ‘barbeque,’ mandi manda, bersuai kenal sesama ahli dan berswafoto bagi merakam kenangan terindah ini. Inilah saat terbaik buat rakan-rakan berkongsikan pengalaman menunggang motosikal masing-masing.

Turut serta dalam program ini ialah En. Mazli selaku Naib Pengerusi Persatuan Juru X-Ray Malaysia yang menaiki motosikal BMW 1200RT. Jutaan terima kasih kepada peserta kerana memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program edisi pertama ini. RR
- Amirul

Isu Pada

Ogos 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

TM Bikers Ride ke Sri Lanka 2026

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Dari Malaysia ke London, Bing Moto Jelajah 26 Buah Negara

Ride Santai Bersama Yamaha XMAX 250

BATAM RIDE 2025

TM Bikers Ride ke Philippines 2025

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Versys Explore The Unexplored (ETU) 2025: Bukan Sekadar 'Ride & Camp'!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).