☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 Disember 2020

CRF300L dan CRF300 RALLY 2021 Lebih Maju & Mantap

Honda CRF250L dilancarkan pada tahun 2012 yang lalu dan telah menerima maklum balas yang baik dari peminat motosikal lasak. Honda kemudiannya memperkenalkan pula CRF250 Rally pada tahun 2017 dengan menampilkan rekabentuk baru, diambil terus daripada model perlumbaan 'Dakar'. Untuk tahun 2021, Honda telah melakukan beberapa perubahan besar untuk kedua-dua model ini seperti enjin serba baharu, casis lebih ringan, paparan meter LCD dan penambahbaikan nisbah power-to-weight sebanyak 13%.

Enjin baru ini bersesaran 286cc, DOHC, sistem penyejuk cecair, berpiawaian Euro 5 yang menghasilkan hantaran kuasa 201kW pada 8,500rpm dan tork 26.6Nm pada 6,500rpm (model sebelum ini: 18.2kW pada 8,500rpm/22Nm pada 6,750rpm). Pengudaraan bahagian enjin dipertingkatkan dengan adanya cam timing yang baru, corong kemasukan udara dan sistem ekzos yang diperbaiki semula. Nisbah gear pendek untuk lima gear terawal membantu peningkatan kuasa dan tork manakala gear keenam direka untuk pengembaraan berlajuan tinggi yang selesa.

Rekaan semula bahagian kerangka, lengan ayun aluminium dan pengapit bawah adalah penyumbang besar yang menjadikan model baru ini lebih ringan. Geometri pengemudi ditala semula termasuklah bahagian saspensi – kelegaan tanah lebih baik.

Tangki baru lebih ramping – memudahkan pengendalian manakala panel meter LCD baru ternyata mudah untuk dibaca dalam apa jua keadaan. Para pemilik model baru ini juga akan menikmati posisi menunggang yang lebih baik, pelana lebih tinggi (880mm), tempat pemijak lebih rendah/sedikit ke belakang dan tangki yang kini lebih besar (12.8 liter). Kita tunggu bilakah model-model mantap ini akan berada di pasaran negara. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.