☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 1 April 2021

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW R 1250 RT

BMW Motorrad baru sahaja melancarkan BMW R 1250 RT, sebuah jentera pengembaraan generasi terkini yang hadir dengan inovasi dan kepintaran tinggi untuk memberikan pengalaman menunggang yang lebih mantap dan menyeronokkan. BMW baru ini juga adalah hasil kejayaan gabungan di antara prestasi enjin yang cemerlang serta rupabentuk mewah.

Bahagian fairing hadapan direka dengan bentuk yang aerodinamik untuk lebih lancar ketika memecut. Penggunaan lampu-lampu LED yang cerah di pelbagai bahagian seperti depan, sisi dan belakang memberi penambahan dalam aspek keselamatan memberi keyakinan tinggi buat para penunggang jentera ini untuk berada di jalanan pada bila-bila masa. Enjin dua silinder boxer 1,254cc ini menghamburkan kuasa maksimum 136 hp pada 7,750rpm dan tork 143 Nm pada 6,250 rpm yang menepati piawaian Euro 5.

Model ini juga disempurnakan dengan pelbagai teknologi terkini yang meningkatkan prestasinya seperti BMW ShiftCam Technology, Dynamic ESA generasi baru, Dynamic Traction Control (DTC), mod tunggangan, Dynamic Engine Brake Control, Hill Start Control, Active Cruise Control, Keyless Ride Function, Central Locking System, pemanas pelana, Electric Immobiliser, Tyre Pressure Control dan sistem penyambungan telefon pintar.

Kelengkapan standard yang turut dimiliki oleh BMW baru ini terdiri daripada kotak barang, ruangan penyimpan, tongkat tengah, hon dwitona, serta cermin pengadang udara boleh laras. BMW R 1250 RT baharu juga hadir dengan alat pemanas pendikit, brek tangan dan tuas klac juga yang boleh laras.

BMW R 1250 RT dijual pada harga RM142,500 dan akan berada di semua pusat pengedar sah BMW bermula pada 1 April 2021. RR

Isu Pada

Mei 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.