☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 Mei 2021

Ducati Hypermotard 950 Dinaiktaraf, Warna Baru Untuk Varian SP

GLOBAL - Sebagai model untuk tahun 2022, Ducati telah memperkenalkan tiga varian Ducati Hypermotard 950 yang dikemaskini dan mematuhi piawaian Euro 5. Barisan model-model tersebut terdiri daripada Hypermotard 950, Hypermotard 950 RVE dan Hypermotard 950 SP. Model-model ini akan berada di pasaran Eropah tidak lama lagi.

Ketiga-tiga model ini dipadankan dengan enjin Ducati Testastretta dua silinder, 937cc yang menawarkan kuasa hantaran 114hp pada 9,000rpm dan tork 9.8kgm pada 7,250rpm. Sama seperti model Monster dan Supersport 950, sistem transmisi 6-kelajuan pada Ducati Hypermotard 950 ini telah ditala semula supaya penunggang dapat menukar kedudukan gear kepada gear Neutral (N) dengan mudah.

Ducati Hypermotard 950 SP tampak lebih mantap dengan warna grafik baru yang diinspirasikan daripada warna jentera Ducati dalam perlumbaan MotoGP. Sebagai varian tertinggi dalam barisannya, model ini turut diperkemaskan dengan penggunaan saspensi Öhlins, rim Marchesini dan sistem Ducati Quick Shift (DQS) Up and Down EVO. RR

Isu Pada

Julai 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.