☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Februari 2022

Honda Vario 160 Diperkenalkan Di Indonesia

Baru-baru ini PT Astra Honda Motor (AHM) telah memperkenal skuter terbaru iaitu Honda Vario 160 2022 untuk pasaran Indonesia. Model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu CBS dan ABS. Untuk varian CBS hadir dalam tiga warna pilihan iaitu Grande Matte Red, Grande Matte Black & Active Black. Manakala varian ABS dikemaskan dengan warna Grande White, Grande Matte Black & Active Black.

Sebagai model 2022, Honda Vario 160 menampilkan rekabentuk yang serba baru, agresif & lebih sporty. Berbanding dengan model yang lama (150cc), skuter baru ini didatangkan dengan enjin bersesaran 160cc beserta teknologi eSP+. Enjin silinder tunggal, empat lejang dan sistem penyejuk cecair ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.3kW (15.4PS) pada 8,500rpm dan tork 13.8Nm (1.4 kgf.m) pada 7,000rpm.

Vario 160 dipermantapkan dengan penggunaan lampu-lampu jenis LED yang memudahkan tunggang pada waktu malam. Di ruang hadapan terdapat soket pengecas USB untuk mengecas telefon bimbit semasa bergerak. Sistem suntikan bahan api PGM-Fi menawarkan penggunaan petrol sekitar 46.9km perliter. Tangki bahan api Honda Vario ini adalah 5.5 liter.

Antara ciri-ciri lain yang dipadankan pada Honda Vario 160:

  • Paparan meter digital penuh
  • Sistem transmisi V-Matik
  • Sistem kunci pintar Honda
  • Kerangka jenis Underbone – eSAF (enhanced Smart Architecture Frame)
  • Brek-brek jenis cakera
  • Sistem ABS – varian ABS
  • Sistem Combi Brake System (CBS) – varian CBS
  • Ruang bawah pelana 18 liter
  • 100/80 – 14M/C (tayar hadapan)
  • 120/70 – 14M/C (tayar belakang)
  • Berat 115kg (CBS), 117kg (ABS)

Honda Vario 160 2022 ditawarkan pada harga Rp25.800.000 (RM7,520) bagi varian CBS. Manakala untuk varian ABS berharga Rp28.500.000 (RM8,300). RR

Sumber gambar: https://www.astra-honda.com

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).