☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 Februari 2022

BSH Tampilkan Honda CB500X dan CBR500R 2022 Yang Dikemas Kini

Boon Siew Honda telah menampilkan model kembara CB500X dan sport CBR500R baru yang kini dimantapkan dengan peningkatan prestasi serta skima warna yang lebih garang. Segala pembaharuan ini adalah untuk menawarkan pengalaman menunggang yang lebih bermakna untuk setiap pemiliknya.

Pada tahun ini, kedua-dua model dihasilkan dengan menyasarkan peningkatan prestasi khususnya tahap pengendalian. Fork teleskopik 41mm yang digunakan sebelum ini telah diganti dengan fork USD Showa 41mm Separate Function Fork Big Piston (SSF-BP).

Untuk diselaraskan dengan peningkatan pada bahagian casis dan sistem saspensi, prestasi brek CB500X dan CBR500R juga dimantapkan dengan penggunaan cakera bercorak-gelombang (wave-pattern) 296mm dengan angkup dua omboh Nissin .

CBR500R
CBR500R

CB500X baru dilengkapkan dengan rim hadapan aluminium tetuang bersaiz 19 inci berjejari lebih nipis manakala rim belakang pula bersaiz 17 inci. Dalam usaha selanjutnya untuk meningkatkan kualiti tunggangan, CBR500R turut menampilkan rm lebih ringan baru berjejari 5 bilang dengan bentuk berbentuk Y.

Kedua-dua CB500X dan CBR500R disempurnakan dengan enjin 471cc, silinder berkembar, sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa maksimum setinggi 37kW pada 8,500rpm dan tork 45Nm pada 6,500rpm. Selain itu, kotak gear enam kelajuan kini lebih lancar dengan adanya sistem Assist/Slipper Clutch.

Honda CB500X
Honda CB500X

Seperti versi sebelum ini, panel meter jenis LCD memaparkan posisi gear manakala semua pencahayaan cukup terang yang datangnya dari lampu-lampu LED premium untuk kedua-dua CB500X dan CBR500R. CB500X didatangkan dengan pancaran lampu hadapan tinggi/rendah yang dioptimumkan dan penambahan lampu Indicator Postion.

Honda CB500X 2022 boleh didapati dalam warna Grand Prix Red, Mat Gun Powder Black Metallic dan Pearl Organic Green. Sementara itu Honda CBR500R 2022 pula terus mantap dengan warna Grand Prix Red. Harga untuk kedua-dua model ini ialah RM36,099. RR

Isu Pada

Mac 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).