☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 Mei 2022

QJMOTOR SRT800 - Model Baru Seterusnya dari Mforce Bike

MForce Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan sebuah lagi model terbaru yang kali ini berada di dalam segmen jentera adventure/lasak iaitu QJMOTOR SRT800 yang menawarkan rekabentuk dan spesifikasi yang cukup mantap. Pelancaran model terbaru ini diadakan bersempena dengan pembukaan rasmi Benelli Best Shop ketiga di Selangor oleh ICity Motoworld yang beroperasi di Shah Alam.

SRT800X
SRT800X

Model adventure SRT800 ini didatangkan dalam dua varian iaitu versi standard dan versi X yang lengkap dengan pelbagai aksesori menarik termasuk kotak-kotak barang berkualiti tinggi. Untuk model SRT800, ia ditawarkan pada harga asas RM39,888 dan bagi model X pula berharga RM42,888.

SRT800
SRT800

Kedua-dua model baru ini menggunakan enjin 754cc, dua silinder, 8 injap, sistem penyejuk cecair DOHC yang berkuasa 75.1hp pada 8,500rpm dan tork 67Nm pada 6,500rpm. Turut berkongsikan ciri-ciri teknikal yang sama antaranya ialah saspensi hadapan jenis USD, sistem brek cakera bersaiz 320mm (depan) dan 260mm (belakang) jenis Brembo yang lengkap dengan sistem ABS.

Turut disempurnakan pada model adventure ini ialah sistem Assist & Slipper Clutch, panel meter TFT warna penuh bersaiz 5 inci yang menawarkan paparan cukup jelas. Terdapat tiga mod paparan di panel meter iaitu Siang, Malam atau Auto.

Pelana untuk model SRT800 ialah setinggi 810mm manakala untuk versi X pula setinggi 835mm. SRT800 dilengkapi dengan tayar bersaiz 120/70-R17 di depan dan 180/55-R17 (belakang) manakala tayar-tayar model X pula bersaiz 110/80-R19 (depan) dan 150/70-R17 di belakang.

SRT800X
SRT800X

QJMOTOR SRT800 didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Stone Grey dan Passion Red. Untuk model SRT800 pula, para pelanggan diberi pilihan Navy Blue dan Cadmium Green. Kedua-dua SRT800 ini bakal berada di pusat pengedar rasmi MForce Bike di seluruh negara pada pertengahan bulan Julai 2022. RR

Isu Pada

Jun 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.