☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Julai 2015

Honda RCV 213-S Race Replica

Selepas penantian yang agak lama dan kisah-kisah kehebatannya digembar-gembur, Honda akhirnya telah memperkenalkan model RC213V-S iaitu sebuah jentera MotoGP yang kini dapat dinikmati di jalanan biasa. Tiga tahun diperlukan untuk membangunkan jentera V4 90 darjah ini sebelum ia diperkenalkan pada 11 Jun lalu di paddock perlumbaan GP Catalunya oleh pelumba Repsol Honda, Marc Marquez dan Dani Pedrosa bersama Ketua Bahagian Perlumbaan HRC, Shuhei Nakamoto.

Model hebat ini diperkenalkan dalam dua warna iaitu warna asas gentian kaca dan warna sejarah Honda HRC era Freddie Spencer iaitu merah, putih dan biru Tricolor yang dihasilkan pada tahun 1982. Model ini akan mula memasuki produksi penghujung September ini manakala penghantaran pertamanya dijangka pada bulan Oktober. Mesin yang berharga tinggi ini telah mendapat kelulusan yang diperlukan untuk kegunaan jalan raya biasa dan setakat ini hanya boleh dimiliki di Jepun, USA, Australia dan Eropah.

Harga untuk model ini di pasaran Eropah ialah EUR188,000 di Jerman dengan 19% cukai jualan. Harga sebelum cukai EUR158,000 ini ditawarkan untuk negaranegara Eropah lain. Harga tanpa cukai di USA pula ialah $184,000 manakala model ini dijual di Australia pada harga AUD244,000 termasuk cukai dan di Jepun ia boleh dimiliki dengan pembayaran JPN21,900,000. Setiap pesanan hanya boleh dibuat selepas tengah malam waktu Eropah Tengah pada 13 Julai ini dengan melayari laman web khas www.rc213v-s. com termasuk tawaran sport kit khusus untuk kegunaan litar sahaja dengan nilai tambahan EUR12,000 (termasuk cukai). Bagaimana pun kit ini tidak terdapat di pasaran USA.

Dibandingkan dengan jentera perlumbaan Marquez yang menghasilkan kuasa lebih daripada 175kW/235bhp/238PS, RC213V-S ini berkuasa 117kW/157bhp/ 159PS pada 11,000rpm yang disahkan untuk jalanan biasa. Jentera ini mempunyai nisbah 13:1 dan lengkap dengan sistem ekzos hebat yang mematuhi undang-undang bersama putaran silingnya sekitar 12,000rpm. Dengan adanya pakej sport kit, sistem paip ekzos asal ditukar kepada jenis baru - titanium 4.8kg lebih ringan, fairing hadapan baru menggantikan lampu-lampu LED dan pakej elektronik perlumbaan termasuk putaran rpm lebih tinggi (14,000rpm). Ia melonjakkan kuasanya sebanyak 35% kepada 158kW/212bhp/215PS pada 13,000rpm dan 10kg lebih ringan berbanding model standard seberat 160kg – tidak jauh bezanya dengan model RC213V versi perlumbaan.

Bagi pasaran USA, model yang dihantar ke sini mempunyai prestasi enjin yang lebih rendah dengan had dikenakan sekitar 9,400rpm yang membenarkan kuasa hanya setinggi 75kW/101bhp dan tork 90Nm untuk melepasi regulasi bunyi yang dihadkan. Oleh kerana pihak Honda hanya memilih beberapa buah pengedar, pemilik di Amerika dijangka terpaksa menghantar jentera mereka ke London, Berlin atau ke Sydney kerana proses servis dan diagnostik hanya dapat dilakukan dengan menggunakan alat ganti istimewa dari pihak Honda.

Setiap unit mempunyai nombor pengenalannya sendiri dan Honda menyasarkan pengeluaran satu unit setiap hari di kilang Kumamoto yang terletak di Pulau Kyushu. Jentera buatan tangan ini mampu dikeluarkan sebanyak 400 unit dalam masa kira-kira 15 bulan dengan kadar masa bertugas enam hari seminggu.

Di majlis pelancarannya, Chief Operating Officer (COO) Honda Motor Japan, En. Tetsuo Suzuki yang juga bekas Presiden HRC mengatakan projek menghasilkan model ini bermula pada tahun 2011 dan antara kesukaran yang terpaksa dihadapi mereka ialah untuk mengurangkan kuasa enjinnya yang terlalu mirip dengan mesin yang digunakan oleh Marc Marquez – lebih 80% persamaan dari segi komponen. Perbezaan sebanyak 20% itu termasuk dengan mengurangkan kadar mampatan, menukar injap pneumatic kepada injap spring, brek carbon ditukar kepada brek brembo, transmisi seamless shift diganti dengan sistem kotak gear 6 kelajuan biasa dan penukaran dua gelang omboh kepada tiga gelang omboh sistem slipper clutch.

Persamaan sebanyak 80% itu termasuklah casis dan lengan ayun manakala tapak roda model jalanan dipanjangkan sebanyak 30mm kepada 1,465mm. Badan luaran dihasil menggunakan gentian bertetulang dengan pengikat titanium, rim magnesium Marchesini bertempa, brek dengan angkup Brembo, saspensi Ohlins boleh laras dengan fork hadapan TTX25 gascharged dan penyerap hentak belakang TTX36. Model ini juga merupakan mesin pertama Honda yang dilengkapi dengan sistem elektronik yang sebelum ini tidak dilengkapkan pada CBR1000RR Fireblade.

Jadi, ia adalah mesin jalanan pertama Honda yang lengkap dengan ride by wire (RBW), pakej ECU terbaru dengan lima mod tunggangan serta tiga tahap 'pilihan kuasa' di bahagian pendikit, sembilan jenis traction control (TC) dan empat tahap brek enjin termasuk juga quickshifter tetapi masih tidak mempunyai auto-blipper – rasanya Marc dan Dani pun tidak memerlukannya ketika berlumba. Mungkin ia akan dimasukkan dalam pakej ini suatu ketika nanti agar prestasi mesin jelmaan MotoGP ini mempunyai sistem elektronik sama hebat seperti model superbike lain yang jauh lebih murah seperti BMW S1000RR, Yamaha R1 atau Ducati 1299 Panigale.

Ternyata Honda RC213V-S ini membuktikan betapa hebatnya Honda dalam pembikinan sebuah motosikal dan kejuruteraannya. Ia sama seperti di zaman kegemilangan Soichiro Honda-san ketika beliau masih hidup di mana ketika itu syarikat ini sentiasa maju ke hadapan dengan mengambil setiap peluang untuk mempamerkan kebolehan mereka dalam bidang teknikal mahu pun kejuruteraan. Ini juga merupakan mesin V4 pertama Honda selepas 15 tahun sejak pengeluaran RC45 dihentikan untuk membenarkan model Fireblade menguasai pasaran.

Apabila ditanya sama ada pengenalan model baru ini mewakili kehadiran semula jentera-jentera Honda V4 yang cukup hebat pada 1982 lalu yang akan diperkenalkan kelak pada harga yang lebih rendah, En. Suzuki tersenyum dan menjawab... “Kami tidak pernah lupa kehebatan jentera V4 di Honda sampai bila-bila.” RR

Oleh: Alan Cathcart

Foto: Honda Europe

Isu Pada

Julai 2015

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).