☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 Mei 2022

Triumph Tiger 1200 GT Pro & Rally Explorer Dilancarkan. Harga Dari RM115,900....

Triumph Motorcycles Malaysia telah melancarkan model kembara yang ditunggu-tunggu, Tiger 1200 yang hadir dalam dua varian iaitu Tiger 1200 GT Pro dan Tiger 1200 Rally Explorer. GT Pro merupakan jentera yang direka untuk kesesuaian pengembaraan manakala Rally Explorer pula memberi tumpuan untuk mereka yang sukakan tunggangan biasa dan lasak.

Triumph 1200 baru ini 25kg lebih ringan jika dibandingkan dengan Tiger sebelum ini dan 17kg lebih ringan berbanding model saingannya. Model baru ini memiliki ketangkasan dan pengendalian yang mudah walaupun bagi sebuah jentera kembara bersaiz besar.

Triumph Tiger 1200 Rally Explorer
Triumph Tiger 1200 Rally Explorer

Untuk keselesaan tunggangan di jalanan biasa dan di laluan-laluan sukar, Triumph ini menggunakan saspensi Advance Showa Semi-Active yang benar-benar cemerlang. Model ini juga dilengkapkan dengan kerangka ringan yang dipadankan dengan lengan ayun 'tri-link' yang lebih kuat.

Triumph Tiger 1200 GT Pro
Triumph Tiger 1200 GT Pro

Triumph Tiger 1200 GT Pro
Triumph Tiger 1200 GT Pro

Tiger 1200 ini disempurnakan dengan enjin 1,160cc, tiga silinder T-Planne generasi baru yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 150PS pada 9,000rpm dan tork 130Nm pada 7,000rpm (8Nm lebih tinggi berbanding model lama).

Terdapat beberapa perbezaan ketara di antara kedua-dua model Tiger ini. Antaranya ialah pada saiz tangki bahan api. Tangki GT Pro bersaiz 20 liter manakala tangki Rally Explorer pula sebesar 30 liter. Tayar hadapan untuk model GT Pro sebesar 19 inci manakala tayar untuk model Rally Explorer bersaiz 21 inci.

Antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh Triumph Tiger 1200 ialah:

  • Triumph Blind Sport Radar System
  • Sistem Traction Control
  • 6 Mod Tunggangan
  • Sistem Kunci Pintar
  • Cornering Traction Control
  • Adaptive Cornering Lights (tidak terdapat pada model GT)
  • Tyre Pressure Monitoring System
  • Triumph Shift Assist
  • Sistem Kunci Pintar
  • Sistem My Triumph Connectivity
  • Lampu-lampu LED dan DRL
  • Brek Brembo Stylema

Dapatkan Triumph Tiger 1200 GT Pro pada harga RM115,900 manakala Rally Explorer pula ditawarkan pada nilai RM130,900 (penambahan RM1,000 untuk warna Khaki Green). RR

Isu Pada

Julai 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.