☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Ogos 2015

Aprilia SR MAX 300

NAZA Premira Sdn Bhd, pengedar dan pengimport sah jenama motosikal Aprilia di negara ini baru melancarkan model terkini taruhan mereka iaitu Aprilia SR Max 300. Majlis pelancaran telah diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Jun lalu, dimeriahkan dengan kehadiran para pemilik jentera Aprilia sebagai tanda sokongan terhadap jenama dari negara Itali ini.

Dari kiri: En. Mohd Sharif, En. Juan Chow  Wee, En. Neri Micklaus dan En. Khairul  Hafiz bersama model terbaru Aprilia.
Dari kiri: En. Mohd Sharif, En. Juan Chow Wee, En. Neri Micklaus dan En. Khairul Hafiz bersama model terbaru Aprilia.

“Aprilia SR Max 300 merangkumi unsur-unsur gaya hidup Aprilia, menawarkan gabungan praktikal, pelbagai guna dan prestasi pada satu platform. Skuter ini membolehkan pemiliknya menikmati pengalaman menunggang, sama ada untuk aktiviti harian atau perjalanan jarak jauh. Naza Premira ingin meningkatkan lagi pengalaman para pemilik jenama ini untuk menjadi lebih dekat dengan satu sama lain. Seperti semua model skuter Aprilia sebelumnya, SR Max tetap menjadi teman setia, jentera yang patut dimiliki dan disayangi bukan hanya sekadar memenuhi keperluan untuk pengangkutan. Malah, ia menjadi sebahagian daripada keluarga," kata En. Juan Chow Wee, Naib Presiden 1, 2-Wheel Division, NAZA World Group of Companies.

Kehadiran para pemilik jentera  Aprilia memeriahkan majlis
Kehadiran para pemilik jentera Aprilia memeriahkan majlis

Aprilia SR Max 300 yang seberat 161kg ini adalah jentera paling ringan di dalam kelasnya. Ia dikuasakan dengan enjin sejukan cecair, empat lejang, pancitan bahan api elektronik, 278cc silinder tunggal yang mempunyai empat injap dan menghasilkan kuasa setinggi 22hp pada 7,250 rpm. Transmisinya adalah jenis Twist-and-go CVT yang melancarkan putaran enjin dengan senyap dan kuasa tork mantap. Tangki bersaiz 15.5 liter memberikan perjalanan yang jauh tanpa perlu berulang kali mengisi petrol.

Rekabentuk yang agresif model terbaru ini mencerminkan sifat sporty yang sinonim dengan mana-mana model keluaran jenama Itali. Aprilia ini cukup terserlah dengan rekaan yang begitu aerodinamik dan reka grafik three-coloured yang garang untuk model berwarna merah. Ia dikeluarkan dengan sistem saspensi belakang jenis hidraulik boleh laras tiga tahap dan fork teleskopik hadapan bersaiz 35mm memberikan pengendalian yang jitu di jalanan. Seperti kebanyakan skuter maksi yang lain, SR Max 300 juga dilengkapi ruang utiliti yang boleh memuatkan pelbagai keperluan penunggangnya.

Di majlis pelancaran itu juga diadakan sesi penyerahan kunci SR Max 300 secara simbolik kepada dua orang pemilik pertama iaitu En. Khairul Hafiz Bin Ismail dan En. Mohd Sharif Bin Osman. Mereka berdua telah menggunakan model ini selama empat bulan dan amat berpuas hati dengan prestasi yang mengujakan terutama sekali dengan penjimatan petrolnya. Menurut mereka, ia mampu bergerak sejauh 350km dengan isian penuh satu tangki.

Harga atas jalan ditawarkan pada RM31,800 termasuk GST 6% dengan dua tahun waranti dari pengeluar atau 20,000 km (yang mana tiba dahulu). Harga istimewa untuk 50 pemilik yang pertama berharga RM28,800 (termasuk GST 6%). Untuk maklumat lanjut mengenai Aprilia Malaysia, anda boleh lawati laman sensawang http://www. aprilia.my dan https://www.facebook. com/apriliaofficialmalaysia. Follow @ ApriliaMalaysia. RR

Isu Pada

Ogos 2015

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.