☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Disember 2015

CMC TEKKEN 250 : Untuk Penunggang Lasak

Selepas mendapat sambutan yang cukup menggalakkan menerusi model CMC400, Chear Global Sdn Bhd yang juga pengedar tunggal CMC telah memperkenalkan sebuah lagi model terbaru iaitu Tekken 250. Kehadiran model baru ini ternyata memberi para pelanggan lebih pilihan terutamanya dalam segmen supermotard atau jalanan. Majlis pelancaran Tekken 250 ini telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden Kumpulan Syarikat Mofaz, Dato' Nik Izani bin Nik Ibrahim ditemani oleh Dato' Chear Kin Keong (Pengerusi Chear Global SB). “

Dari kiri: Ms Rainnie Yu, Dato’ Nik Izani,  Dato’ Chear Kin Keong, En. Wee Hong dan  En. Leong King Choon
Dari kiri: Ms Rainnie Yu, Dato’ Nik Izani, Dato’ Chear Kin Keong, En. Wee Hong dan En. Leong King Choon

Model baru kami dijangka mewujudkan satu dimensi baharu dalam pengalaman dan keseronokan menunggang. Ia sesuai untuk pelbagai jenis tunggangan tidak kira lasak, santai atau untuk berulang alik ke tempat kerja,” kata Ketua Pegawai Operasi CMC, En. Leong King Choon.

Model baru ini dilengkapi dengan enjin SOHC, satu silinder, sejukan udara yang mantap dengan sistem transmisi 6-kelajuan. Tekken  250 menawarkan kuasa maksimum 16.5bhp pada 7,000rpm dan tork maksimum 17.0Nm pada 6,500 rpm, menjanjikan prestasi optimum dalam semua jenis keadaan. Selain kuasa enjinnya yang mengagumkan, Tekken pasti menarik perhatian ramai pengguna menerusi rekabentuknya yang cukup mantap terutamanya di bahagian hadapan yang dilengkapi dengan lampu posisi LED, ruang kemasukan udara dan paruh (peak).

Demi keselamatan penunggang, model ini juga didatangkan dengan sistem brek jenis cakera di hadapan dan belakang. Untuk membuktikan kelincahan dan kepantasan Tekken 250, aksi tunggangan lasak telah dipertontonkan oleh dua orang pelumba hebat dari Malaysia (Mohd Khairi) dan China (Xiao Yu). Gaya dan kemahiran kedua-dua pelumba ini mengendalikan jentera CMC mendapat tepukan gemuruh daripada setiap hadirin.

Tekken 250 boleh dimiliki pada harga RM9,888.00 (sebelum GST) untuk varian rim berjejari dan RM10,800.00 (sebelum GST) untuk varian rim jenis tetuang. RR

Isu Pada

Disember 2015

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).