☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 Disember 2022

Skuter Yamaha Augur Baru Dilancarkan Di Taiwan

Augur merupakan skuter terbaru dari Yamaha yang telah dilancarkan di Taiwan dengan menampilkan pelbagai ciri-ciri menarik, unik dan moden. Sebagai skuter 'smart flagship', Augur dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini antaranya ialah lampu pencahayaan canggih iaitu Yamaha Lean Light Assist (YLLA) dan Yamaha Adjustable Color Temperature Unit (Y-AU).

Yamaha Augur didatangkan dengan enjin 155cc SOHC Bluecore yang berkuasa 14.8hp dan nilai tork 13.9Nm. Tangki skuter ini agak besar iaitu dengan kapasiti 6.1 liter (NVX 5.5 liter, NMAX 7.1 liter). Skuter baru ini seberat 132kg manakala pelananya hanya setinggi 815mm.

kredit foto: yamaha-motor.com.tw
kredit foto: yamaha-motor.com.tw
kredit foto: yamaha-motor.com.tw
kredit foto: yamaha-motor.com.tw

Okay, apa itu Yamaha Lean Light Assist? Ia lebih kurang sama 'Cornering Lights' – lampu LED yang memberi suluhan sewaktu membelok secara automatik dan ciri menjadikan penunggangan waktu malam lebih selamat.

kredit foto: yamaha-motor.com.tw
kredit foto: yamaha-motor.com.tw

Satu lagi keistimewaan Yamaha Augur ialah Yamaha Adjustable Color Temperature Unit (Y-AU), yang membolehkan penunggang bebas melaraskan suhu warna lampu depannya bergantung pada keadaan penunggangan. Anda boleh memilih warna putih semasa keadaan kering dan bertukar kepada lampu kuning apabila menunggang dalam keadaan basah atau berkabus. RR

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada Augur 155 ialah:

  • panel meter TFT
  • sistem kunci pintar
  • soket USB 3.0
  • penyambungan aplikasi Y-Connect
  • sistem traction control
  • sistem cornering assist
  • fork teleskopik
  • brek cakera beserta ABS
Isu Pada

Februari 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).