☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 Februari 2023

Modenas Elegan 250 EX Kini Dengan Lampu Projektor Baru dan Piawaian Euro 4

Dalam usaha untuk memenuhi piawaian Euro 4, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad, memperkenalkan skuter maksi terbaru iaitu Elegan 250 EX yang ditawarkan pada harga jualan disyorkan RM16,997.

Elegan 250 EX ini merupakan model Elegan ABS yang dinaik taraf dan disempurnakan dengan enjin 250cc, sistem suntikan bahan api, 4 lejang SOHC yang menghasilkan kuasa maksimum 16.5 kW pada 7000 rpm dan tork 22.4 Nm pada 6500 rpm. Model 2023 didatangkan dengan lampu hadapan projektor jenis LED beserta Daytime Running Light (DRL) yang direka bagi memastikan penunggang Elegan 250X dapat dilihat dengan jelas pada bila-bila masa.

Untuk melepasi piawaian enjin Euro 4, peraturan yang ditentukan adalah lebih ketat berbanding enjin Euro 3. Ini bertujuan bagi mengurangkan toksin yang berada dalam sistem ekzos ketika enjin sedang berputar. Dengan enjin Euro 4, Elegan 250 EX baru ini bukan sahaja lebih menjimatkan bahan api malah memberi sumbangan besar dalam usaha mengurangkan tahap pencemaran kepada alam sekitar.

Lampu belakang berbentuk 'X' sangat terang dan menawarkan penglihatan yang jelas pada waktu malam. Semua ciri-ciri lain seperti meter kelajuan digital pelbagai fungsi, meter perjalanan, jam digital, penunjuk voltan bateri dan penunjuk paras minyak petrol terus dikekalkan.

Sistem ABS dwi-saluran dikekalkan bagi mengawal pergerakan roda daripada terkunci ketika memberhentikan skuter ini dengan selamat. Modenas Elegan terkenal dengan
reputasinya sebagai sebuah mesin dua roda yang selesa. Model baru ini didatangkan dengan waranti selama dua tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu).

“MODENAS mempunyai reputasi cukup baik khususnya menerusi sokongan selepas jualan. Secara keseluruhan, inilah yang para pengguna mahukan. Banyak masa dan usaha telah digunakan untuk menjadikannya sebagai sebuah skuter yang boleh dipercayai dan memenuhi kehendak pengguna.” kata En. Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.

Modenas Elegan 250 EX kini boleh didapati dalam dua warna baharu iaitu Matte Silver Crystal dan Petroleum Blue yang bakal menarik minat lebih ramai peminat dua roda yang lebih muda dan lebih aktif. RR

Isu Pada

Mac 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.