☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 Mac 2023

Kawasaki Eliminator 400 Dilancarkan di Osaka Motor Show – Harap Masuk Pasaran Malaysia!

Kawasaki sememangnya terkenal sebagai pengeluar jentera cruiser yang menarik, mudah dikendali dan mampu milik – lihat sahaja dengan kejayaan model Vulcan S 650 di pasaran Eropah. Kini, hadir lagi model terbaru iaitu Eliminator 400 yang telah dilancarkan di Pameran Motosikal Osaka baru-baru ini.

Kemunculan model ini telah mendapat perhatian pihak wartawan antarabangsa yang hadir ke pameran tersebut. Selain di Osaka, model cruiser baru ini turut dilihat di Pameran Motosikal Bangkok yang memberi kita sedikit petunjuk bahawa kemungkinan ia akan masuki pasaran negara-negara Asia terlebih dahulu.

Eliminator 400 didatangkan dengan enjin 4 lejang, kembar parallel, sistem penyejuk cecair yang dijangkakan menawarkan kuasa maksimum sekitar 49bhp. Ia juga hadir dengan kerangka serba baru, sistem trasmisi 6 kelajuan manakala pakej sistem saspensi juga direka khusus untuk model ini. Fork hadapan jenis teleskopik 41mm yang dipadankan dengan cakera tunggal dengan dua angkup bersaiz 310mm (belakang: 240mm).

Pelananya setinggi 735mm yang membolehkan Kawasaki ini dapat ditunggang oleh sesiapa sahaja. Dikatakan model ini juga hadir dengan lampu-lampu LED dan panel meter LCD. Tayar hadapan bersaiz 130/70-18M/C 63H manakala di belakang bersaiz 150/80-16M/C 71H.

Jika melihat pada laman web di US, Kawasaki turut akan memperkenalkan varian SE yang disempurnakan dengan port USB Jenis-C, pelana kulit dan sistem Perakam Tunggangan dengan GPS dari Mitsuba Sankowa yang menawarkan tahap rakaman dengan gaya 'dash-cam'.

Untuk pasaran Jepun, Eliminator dijual pada harga ¥759,000 atau sekitar RM25,500. Memang cantik...memang menarik. Kita berharap agar model ini berada di Malaysia nanti. RR

sumber: https://www.visordown.com/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).