☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 22 Mei 2023

BMW S 1000 RR Dilancarkan

BMW Motorrad Malaysia hari ini melancarkan model terbaru BMW S 1000 RR yang sememangnya dinanti-nantikan oleh para peminat jentera sport di Malaysia. Model baru ini pastinya menambah keseronokan menunggang dengan beberapa penambahbaikan lebih mantap.

“Dengan pengenalan kepada model baru BMW S 1000 RR ini, kami melakarkan satu lagi sejarah dalam syarikat yang memiliki legasi dan kejuruteraan pembangunan motosikal yang lebih dinamik. Model baru ini tertumpu kepada penggunaan di litar dan rekabentuknya dirumus serta dicipta khas untuk mereka menyasarkan prestasi yang sempurna,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, En. Hans De Visser.

Beliau turut menambah, BMW S 1000 RR adalah pilihan terbaik untuk mereka yang sentiasa mahukan sesuatu yang lebih mantap dan berprestasi tinggi tanpa sebarang keraguan.

Model sport yang cukup mengagumkan ini disempurnakan dengan enjin empat silinder-sebaris yang menawarkan hantaran kuasa tertinggi 154 kW (210 hp) pada 13,750rpm iaitu penambahan 3hp berbanding model sebelum ini dan tork 113Nm pada 11,000rpm.

BMW S 1000 RR kali ini didatangkan dengan geometri casis serba baru yang memberikan respons yang tepat manakala winglet juga direka semula untuk menambah aerodinamik dan ketangkasan jentera ini sewaktu ditunggang.

Antara pakej moden baru yang bakal dinikmati oleh setiap pemiliknya ialah Slide Control yang berada di dalam seleksi sistem elektronik Dynamic Traction Control. Ini bertujuan untuk mengurangkan tahap kegelinciran dan menstabilkan motosikal sewaktu membuat miringan.

Turut dilengkapkan ialah mod tunggangan (Rain, Road, Dynamic dan Race), Race ABS, Hill Start Control (HSC), Shift Assist Pro, Dynamic Brake, Control (DBC), Dynamic Damping Control (DDC), Cruise Control dan pemanas pendikit. BMW S 1000 RR hadir dalam warna Racing Red untuk varian Style Fashion dan warna Lightwhite untuk varian M Package. Harga untuk model sport ini ialah ialah RM129,500 (Style Passion) dan RM149,500. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).