☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 Julai 2023

EMOS Lancarkan Modenas Z650, Modenas Ninja 650, Versys 650

Antara berita yang ditunggu-tunggukan oleh peminat-peminat motosikal tempatan setelah Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS) mengambil alih segala operasi jenama Kawasaki di Malaysia ialah kedatangan model-model motosikal yang lebih besar. Selain daripada itu, ia juga diharapkan bahawa model-model baharu ini dipasarkan pada harga lebih menarik. Penantian itu sudah terjawab kerana EMOS baharu sahaja melancarkan tiga model 2023 iaitu Modenas Z650, Modenas Ninja 650, dan Modenas Versys 650.

Modenas Z650 merupakan model "naked" yang terkenal daripada segi rekabentuknya yang agresif serta prestasi enjin yang mengujakan (rujuk di bawah). Terdapat beberapa rombakan bagi model 2023 ini:

  • Ciri ergonomik yang diperbaikki: Ciri ergonomik berkenaan dengan cara penunggang duduk di atas motosikal, dan ia mengambil kira kedudukan pelana, handel, dan pemijak kaki. Bagi model 2023 ini, ciri ini dirombak semula agar ia memberikan keselesaan serta kawalan yang lebih baik kepada setiap penunggang.
  • Ciri elektronik yang terkini: Akhirnya, model Z650 dilengkapi dengan skrin TFT berwarna. Justeru, penunggang dapat memilih antara tiga mod tunggangan Sport, Road, dan Rain.
  • Ciri pengendalian: Suspensi dan casis telah dipertingkatkan untuk memberikan ciri pengendalian yang lebih jitu serta tangkas.
  • Warna dan harga: Terdapat dua warna iaitu Metallic Spark Black (RM34,500), dan Metallic Matte Grapheene Steel Gray (RM35,200).

Model Ninja 650 merupakan sebuah "sportbike" yang praktikal digunakan sebagai motosikal harian dengan ciri ergonomik yang selesa, tetapi bercirikan prestasi yang mengujakan kepada semua penunggang termasuk yang veteran. Peningkatan paling ketara untuk versi 2023 ialah:

  • Rekabentuk yang lebih agresif: Ninja 650 baharu ini menampilkan rekabentuk yang agresif seperti bahagian depan yang bersudut tajam. Lampu-lampu LED depan menambahkan lagi watak garangnya. Ia seiras model ZX-10R dengan sekali pandang.
  • Teknologi terbaharu: Penunggang boleh memautkan telefon pintar mereka kepada skrin TFT melalui aplikasi “Rideology” oleh KAWASAKI. Ia memberikan akses kepada maklumat dan data penting untuk tunggangan anda.
  • Ciri keselamatan ditingkatkan: Penambahan brek ABS dan kawalan cengkaman (traction control) memastikan keselamatan dan kestabilan diketika detik yang mencemaskan. Ciri-ciri ini juga mempertingkatkan keyakinan penunggang.
  • Warna dan harga: Metallic Matte Grapheene Steel Gray (RM35,200), dan Lime Green/Ebony (RM35,900).

Model Versys 650 merupakan model yang paling popular sejak ia dilancarkan. Peminat-peminat motosikal gemarkan ciri jarak suspensinya yang lebih panjang untuk menyerap segala hentakan jalan, serta kedudukan yang lebih tinggi ketika berada di dalam trafik. Ia juga sesuai bagi tunggangan jauh kerana terdapat skrin yang besar di depan. Ia telah dipertingkatkan beberapa kali dan ia bertambah baik lagi. Model ini ditambahbaik lagi bagi versi 2023: 

  • Skrin depan boleh laras: Skrin depan sudah boleh dilaraskan ketinggiannya sekarang. Ciri ini membuatkannya lebih praktikal ketika motosikal ditunggang di dalam bandar, mahupun ketika berjalan jauh.
  • Sistem suspensi dipertingkatkan: Model Versys 650 baharu menampilkan sistem suspensi yang dinaiktaraf bagi menambahkan lagi kestabilan untuk di atas segala bentuk jalan.
  • Rekabentuk baharu: Versi terbaharu ini juga diberikan rekabentuk yang baharu, dan padan di dalam keluarga 650cc yang lebih sporty. Lampu depannya juga ditukar kepada jenis LED.
  • Warna dan harga: Metallic Spark Black (RM38,400), dan Candy Lime Green/Metallic Black Spark Black (RM39,100).
  • Ketiga-tiga model menggunakan enjin 649cc, dwi-piston selari, DOHC, 8 injap.
  • Enjin ini terkenal dengan torknya yang memberikan pecutan yang kuat, dan senang ditunggang di dalam bandar.
  • Kedua-dua Z650 dan Ninja 650 menggunakan casis yang sama.
  • Versys 650 menggunakan casis yang berlainan dengan monoshok yang dipasang di sebelah kanan frem.

EMOS berkata bahawa ketiga-tiga model ini akan dijual mulai hujung Julai 2023 di rangkaian pengedar di seluruh negara.

Anda boleh layari laman web rasmi MODENAS atau KAWASAKI Malaysia di https://modenas.my/v2/ , http://www.kawasaki.com.my/ atau hubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135, jika anda hendak mendapatkan keterangan yang lebih lanjut mengenai model-model motosikal ini.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).