☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 1 November 2023

EMOS Memperkenalkan Barisan Model Baru 2024

Edaran Modenas Sdn Bhd (“EMOS” atau “Syarikat”), anak syarikat milik penuh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”), mengumumkan barisan model Modenas dan Kawasaki dengan warna dan grafik baharu untuk tahun 2024 yang sememangnya menarik untuk pasaran Malaysia.

Z250 ABS
Z250 ABS

Modenas Z250 ABS merupakan model jalanan atau 'naked' yang disempurnakan dengan enjin silinder berkembar berkuasa 35 PS manakala ketangkasan jentera ini disumbangkan oleh kerangka trellis dan sistem saspensi hadapan yang menyerap hentakan dengan cukup baik. Seperti siri 'Z' yang lain, model ini juga memiliki identiti 'Sugomi' yang popular itu.

Z250 ABS
Z250 ABS

Z250 ABS ini hadir dalam warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony Frame Golden Blazed Green dan ditawarkan harga yang disyorkan, RM20,600.

Modenas Z650 ABS 2024 masih mengekalkan spesifikasi yang sama seperti model sebelumnya tetapi kini menampilkan warna iaitu Candy Persimmon Red dan grafik serba baru yang dikemas kini.

Z650 ABS
Z650 ABS

Apabila digabungkan dengan kerangka dan sportrim dengan skema warna merah, siri Z berkuasa sederhana tampak lebih berani. Warna yang dimaksudkan ialah Candy Persimmon Red/Noble Frame Metallic Red/Wheel Metallic Persimon Red manakala harga yang disyorkan ialah RM35,900.

KX250 X
KX250 X

Kawasaki KX250 pula ditawarkan pada harga (disyorkan) RM35,000. Model 'off-road lagenda ini hadir dalam warna 'Lime Green' dan sememangnya mampu untuk menakluki pelbagai jenis jalan dan muka bumi. Model kembarnya iaitu KX250X pula dijual pada harga RM35,500 dan perbezaan di antara model 2023 dan 2024 ialah pada bahagian grafik untuk pelindung radiator dan warna pelindung sistem saspensi hadapan.

Versys 1000 SE
Versys 1000 SE

Model kembara terulung dari Kawasaki iaitu Versys 1000 SE turut diberi sentuhan skima warna serba baru yang terdiri daripada warna Phantom Silver/Metallic Diablo Black. Kemasan gabungan warna-warna baru ini menyerlah lagi Versys 1000 E 2024 terutamanya sekali pada bahagian hadapan. Dapatkan model kembara ini pada harga yang disyorkan iaitu RM81,900.

Z1000 SX
Z1000 SX
Z1000 SX
Z1000 SX

Jika dibandingkan dengan keluaran sebelum ini, model Kawasaki Ninja 1000SX 2024 masih mengekalkan teknologi dan prestasi yang sama tetapi para jurutera Kawasaki lebih menumpukan kepada kekemasan rekabentuk luaran yang menyumbang kepada tiga warna baharu. Bahagian hadapan kini memaparkan kemasan hitam yang premium yang meningkatkan daya tarikan visualnya.

Model yang cukup tangkas dan lincah ini ditawarkan pada harga RM71,400 dengan warna Emerald Blazed Green/Metallic Diablo Black/Metallic Graphite Grey.

Modenas Z650 ABS & Z250 ABS
Modenas Z650 ABS & Z250 ABS

Varian warna dan grafik baharu bagi tahun 2024 kini boleh anda saksikan di pengedar sah Kawasaki. Untuk mengetahui dan mengikuti perkembangan terkini, layari laman web rasmi MODENAS dan/atau KAWASAKI Malaysia di https://modenas.my/v2/ dan/atau http://www.kawasaki.com.my/home atau hubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).