☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 8 November 2023

Honda CB1000 Hornet 2024 Dilancarkan di EICMA

Honda CB750 2023 telah membawa nama Hornet kembali ke Eropah. Model gabungan jentera 'street fighter' yang garang, tenaga penghantaran dan ketangkasan di setiap saat telah mendapat banyak pujian yang menjurus kepada penjualan yang mengagumkan. Honda CB750 merupakan model 'naked' terlaris di Eropah tahun 2023 ini.

Untuk tahun 2024, siri Hornet semakin berkembang dengan pengenalan dua ahli baru iaitu CB500 Hornet dan CB1000 Hornet.

CB1000 Hornet baru dikuasakan oleh enjin CBR1000RR Fireblade cukup berkuasa berspesifikasi 999cc, empat silinder sebaris, DOHC, 16V yang mampu menghamburkan kuasa melebihi 110kW dan tork setinggi 100Nm.

Model ini juga disempurnakan dengan sistem Throttle By Wire (TBW), 3 pilihan Mod Tunggangan, Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan sistem Assist/Slipper Clutch. Kesemua sistem ini boleh ditala menerusi panel meter TFT berwarna penuh bersaiz 5 inci yang turut disambungkan dengan Honda RoadSync Smartphone Connectivity.

Model ini direka di Jepun dengan menampilkan terjemahan daripada dua perkataan: AGRESIF dan TULEN. Lampu utama jenis LED dwi projektor yang berbentuk tajam/moden, tangki bahan api 'signature' model Hornet, bentuk ramping di bahagian belakang yang dipadankan dengan kerangka spar kembar baru dan sub-kerangka gaya trellis. RR

Ciri-ciri teknikal lain:

  • fork hadapan USD SFF-BP, Showa 41mm
  • sistem ekzos 4-2-1
  • tayar hadapan 180/55-17
  • tayar belakang 120/70 ZR17
  • lampu-lampu LED
  • panel meter TFT berwarna penuh
  • warna: Grand Prix Red, Mat Iridium Gray Metallic dan Pearl Glare White
Isu Pada

Januari 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.