☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 November 2023

Ducati Hypermotard 698 Mono dan Ducati Hypermotard 698 Mono RVE - Motor Samseng Baharu!

Ducati Hypermotard 698 Mono dan Ducati Hypermotard 698 Mono RVE telah dilancarkan untuk merampas takhta "hooligan bike" (motor samseng) daripada Husqvarna 701 Supermoto.

Ducati telah menunjukkan enjin silinder tunggal 698 Mono terlebih dahulu sebelum pelancaran model motosikal ini, dan ia merupakan sebuah enjin yang amat ekstrim. Ia sebenarnya berasal daripada Ducati 1299 Panigale tetapi dengan hanya satu silinder (piston). Oleh itu, ia mencirikan gerek sebesar 116mm dengan lejang hanya 62.4mm. Nisbah mampatannya pula berada di 13.1:1.

Seperti biasa, ia menggunakan tren injap Desmodromic (Desmo). Oleh itu, ia dapat dilagatkan kepada RPM lebih tinggi dan menghasilkan kuasa maksimum 77.5hp pada 9,750 RPM dan tork maksimum 63.0Nm pada 8,000 RPM. Pemilik boleh menukar ke ekzos perlumbaan Termignoni dan penalaan semula ECU dapat menghasilkan kuasa maksimum 85hp pada 9,500 RPM. Spesifikasi ini membuatkan motosikal ini sebagai motosikal silinder tunggal yang paling berkuasa.

Kerangkanya merupakan jenis "trellis" keluli yang digantung dengan fork depan Marzocchi 45mm serta monoshok Sachs di belakang. Brek tidak lain daripada Brembo dengan kaliper depan M4.32 dan cakera 330mm. Sistem ABS Bosch merupakan ciri standard. Rim depan dan belakang berukuran 17 inci dan dipasang dengan tayar Pirelli Diablo Rosso IV.

Ducati sering memaparkan keberatan motosikal mereka dengan angka "keberatan kering" agar mereka kelihatan lebih ringan. Oleh itu Ducati memaparkan keberatan "basah tanpa petrol" kali ini bagi menjawab kritikan. Keberatan yang diumumkan ialah 151kg, tanpa petrol.

Terdapat skrin LCD 3.8 inci dan boleh digunakan bagi mengawal mod-mod enjin dan tunggangan seperti Sport, Road, Urban, dan Wet. Terdapat juga kawalan ABS dengan 4 tahap yang termasuk fungsi Slide By Brake (KTM gelarkan mode ini sebagai Supermoto) bagi membuat drift tayar belakang. Kawalan cengkaman tayar juga ada 4 tahap.

Harga Ducati Hypermotard 698 Mono bermula daripada USD12,995 (RM60,719.14) dan harga 698 Mono RVE bermula daripada USD14,495 (RM67,727.89).

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.