Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 November 2023

MBP Motorcycle Makin 'Garang' Dengan Pelbagai Model Baru

Moto Bologna Passione (MBP) semakin agresif apabila hadir ke Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA dengan pengenalan kepada pelbagai model baru dari enjin bersesaran rendah hingga yang berkuasa tinggi.

MBP T502X di ruang pameran EICMA.
MBP T502X di ruang pameran EICMA.

Terdapat lebih daripada 10 model yang telah diperkenalkan. Hari ni kami ingin berkongsikan model-model cruiser dan kembara terlebih dahulu. Antara yang menarik perhatian kami ialah C1002V, C852V, T1002VX, T1002V dan T502X.

Kita mulakan dengan model cruiser C1002V. Model ini menawarkan legasi jentera cruiser tetapi dipertingkatkan untuk tunggangan lebih menarik. Jentera cruiser baru ini didatangkan dengan enjin bersesaran 997cc, v-kembar, 4 silinder, 4 lejang, 8 injap yang berkuasa 65.0kW pada 7200 rpm dan tork 89.0Nm pada 5,250 rpm.

Pelananya yang rendah bukan sahaja memudakan kita turun/naik tetapi menjadikan bahagian tangki bahan api lebih menonjol. C1002V dilengkapkan dengan tayar-tayar bersaiz 130/70 R18 (depan) dan 240/40 VR18 di belakang. Tayar-tayar berkualiti ini pula dikawal sebaiknya oleh sistem brek jenis cakera jenis J. Juan berserta sistem ABS.

Sama ada anda merancang untuk menunggang jentera ini untuk perjalanan harian atau percutian hujung minggu, C1002V adalah jawapannya.

Antara yang menarik:

  • Panel meter TFT 5 inci
  • Transmisi 6 kelajuan
  • Fork teleskopik jenis terbalik
  • Isi tangki 22 liter
  • Slipper Clutch

C852V juga merupakan satu lagi model cruiser pelana tunggal yang memiliki rekabentuk yang cukup garang. Enjinnya bersesaran 831cc, v-kembar, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 51.0kW pada 7,000 rpm dan tork 75.0Nm pada 6,250 rpm. Tangkinya yang bersaiz 19 liter memang cukup padu buat kawan-kawan yang suka mengembara.

Pandangan dari sisi memang mantap. Lihat sahaja dari lampu utama bulat besar - sistem penyejuk - enjin v – sistem ekzos berkembar – tangki yang pasti menarik perhatian sesiapa sahaja untuk melihat MBP baru ini dari dekat. Tumpuan utama ketika mengeluarkan C852V ialah untuk mereka yang sukakan gaya 'ganas' tetapi tidak melupakan soal keselesaan, respon pendikit pantas dan pengendalian yang mudah.

Model cruiser ini hadir dengan sistem transmisi 6 kelajuan cukup lancar yang membolehkan kita memecut ke tahap maksimum, 170km/j. Untuk mengimbangi kemantapan enjinnya, MBP ini didatangkan tayar 'gemuk' cukup padu bersaiz 130/70 R18 (depan) dan 200/55 R16 (belakang) beserta fork hadapan teleskopik USD dan penyerap hentak belakang tunggal boleh laras.

T10002VX pula menawarkan kemampuan sebenar enjin V-twin 1000cc yang pertama dari MBP. Ia direka buat penunggang yang mencari keseronokan di lebuhraya mahu pun di laluan lasak. Enjin 997cc, v-kembar SOHC menghamburkan kuasa maksimum setinggi 66.0kW pada 7,750 rpm dan tork 95.0Nm pada 5,000 rpm dengan laju maksimum lebih daripada 200km/j.

T10002VX 'kiri' & T1002V
T10002VX 'kiri' & T1002V

Dengan pelbagai teknologi baru dan komponen terbaik, T1002VX membawa pengalaman menunggang ke tahap seterusnya. T1002VX adalah pilihan sesuau buat para pengembara motosikal yang ingin menakluki ribuan kilometer termasuklah di atas rupa bumi yang lasak, kasar dan mencabar.

Posisi menunggang yang natural dan ketinggian bar hendal yang tepat memudahkan pengendalian manakala fork hadapan KYB jenis terbalik yang digabungkan dengan penyerap hentak tunggal Pro-lini pula berjaya memberikan keselesaan dalam pelbagai keadaan jalan dan mukabumi.

Kelegaan tanah yang tinggi dan tayar untuk semua rupabumi sememangnya sesuai untuk penunggang berpengalaman yang ingin meneroka laluan tanpa sebarang kerisauan. Untuk tunggangan lebih selamat di dalam pelbagai jenis cuaca, sistem ABS dan sistem slipper clutch turut dilengkapkan pada model kembara ini.

T1002V pula merupakan model jentera kembara-lasak yang direka menggabungkan tahap keselesaan dan daya ketahanan enjin untuk para pencinta perjalanan jauh. Tidak seperti T10002VX, model ini tidak begitu sesuai untuk laluan lasak kerana ia hadir dengan rim jenis sport manakala model VX menggunakan rim jenis jejari.

T1002V
T1002V

Sama seperti VX, enjinnya bersesaran 997cc, v-kembar, sistem sejukan cecair, 4 lejang, 8 injap, SOHC yang menghamburkan 66.0kW pada 7,750 rpm dan tork 95.0Nm pada 5,000 rpm.

Menerusi panel meter TFT berwarna penuh, para penunggang T1002V dapat melihat/membuat setiap talaan serta statistik perjalanan lebih mudah. Tayar hadapan 19" dan belakang 17" dilengkapi dengan dua brek cakera J. Juan 320mm (hadapan) dan 260mm (belakang) dengan ABS memiliki kuasa cemerlang untuk menurunkan kelajuan dengan pantas pada bila-bila masa.

T502X
T502X

Jika berminat dengan jentera kembara bersaiz sederhana, T502X mungkin pilihan anda. Ia cukup bertenaga tetapi lebih ringan, lebih mudah dikawal dan pastinya lebih menyeronokkan. Model ini didatangkan dengan geometri yang selesa untuk dijadikan pilihan sempurna tunggangan harian mahupun menerokai perbagai destinasi di hujung-hujung minggu.

T502X disempurnakan dengan enjin 2 silinder 486cc, berkuasa 35.0kW pada 8500 rpm, tork maksimum 43.0Nm pada 6750 rpm dan dapat dipecut sehingga 160 km/j dengan cukup selesa.

Antara ciri-ciri menarik:

  • Isi tangki 16 liter
  • Panel meter TFT 5 inci
  • Suis kawalan dengan lampu latar belakang
  • Pelindung enjin
  • brek cakera J.Juan (depan dan belakang)
  • Sistem ABS
  • Slipper clutch

Agak-agaknya, model mana masuk pasaran Malaysia? RR

Isu Pada

Januari 2024

Popular

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

  • Pandu Uji

    Clutchless....Stressless.. Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Memang Best!

  • Dari Litar

    Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

  • Dari Litar

    SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Artikel berkaitan

Harley-Davidson Pan America 1250 Special 2025

Triumph Speed Triple RX tawarkan prestasi 'Sang Juara'

CFMOTO 800MT-X Sebuah Jentera Adventure Touring - RM48,888

Yamaha Tracer 7 & Tracer 7 GT: Prestasi 'Sport Touring' Era Baru

Harley-Davidson Fat Boy Gray Ghost: Lawa Lain Macam!

CFMOTO 250NK Lite - Harga Marhaen RM9,888

SYM ADXTG 400 Sudah Mendarat di Malaysia - RM29,888

QJMOTOR AX200S Panaskan Lagi Pasaran Segmen Skuter - RM7,988

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

Joan Mir melengkapkan 64 pusingan sepanjang hari dan pelumba bernombor #36 itu dapat mencuba lengan ayun baru yang dinilai oleh 'Pasukan Ujian Honda HRC' serta beberapa pilihan persediaan untuk meningkatkan prestasi.

Dari Litar

Toprak Razgatlioglu Akhirnya ke MotoGP?

Spekulasi mengenai perpindahan Toprak Razgatlioglu yang sudah lama ditunggu-tunggu ke MotoGP kini telah mencapai tahap baru minggu ini, apabila pengurusnya Kenan Sofuoglu mengesahkan bahawa kontrak telah ditandatangani.

Penunggang Motosikal Maut Langgar Lembu

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar seekor lembu di Kilometer 3, Jalan Lok Heng–Mawai, di sini pada Selasa.

Kembara

Loop 700km Kembara Jakarta Bandung Indonesia

Berpegangkan tema di mana bumi di pijak di situ kami ride kali ini, trip seterusnya adalah ke Pulau Jawa, Indonesia di mana targetnya adalah Loop Jakarta – Bandung sejauh 700km.