Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Disember 2023

Royal Enfield Shotgun 650 Bakal Tampil Dengan Pelbagai Warna Menarik

Royal Enfield akhirnya telah mengeluarkan Shotgun 650 (versi pengeluaran) selepas memperkenalkan edisi Motoverse bulan lepas. Pelancaran rasmi global untuk model ini dijangka akan berlangsung awal tahun depan. Bagaimanapun, syarikat RE telah pun berkongsi semua butiran mengenai jentera tersebut, termasuk pilihan warna yang akan tersedia.

Shotgun 650 akan tersedia dalam empat skema warna iaitu Sheetmetal Grey, Plasma Blue, Green Drill dan Stencil White. Pilihan warna paling padu ialah Sheetmetal Grey yang menampilkan panel Kelabu Gelap dengan pakej aksesori serba hitam. Walaupun Royal Enfield tidak mendedahkan harga motosikal itu, kami percaya ia akan berbeza-beza bergantung pada skema warna.

RE Shotgun 650 hadir dengan enjin berkembar selari 648cc, sistem penyejukan udara/minyak yang menghasilkan kuasa maksimum 46.40bhp pada 7,250rpm dan 52.3Nm pada 5,650rpm. Ia dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan dan sistem Slipper Clutch.

Model ini juga dikemaskan dengan rim aloi 18-17 inci berpadanan dengan fork hadapan Showa USD, spring berkembar (belakang) dan brek-brek cakera yang efisien.

Shotgun juga hadir dengan pelbagai ciri moden termasuk navigasi Tripper, sistem pencahayaan LED penuh, port pengecasan USB, dan aplikasi Wingman yang memberi kemudahan untuk memantau lokasi motosikal, tahan bahan api, paras minyak enjin, peringatan perkhidmatan dan banyak lagi. RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

MODENAS melanjutkan lagi tempoh Program Z15GT Care di seluruh negara sehingga 31 Oktober 2026.

Model Baru

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

Selepas diperkenalkan di Malaysia Bike Show pada 29hb Mei yang lalu, Cyclone RT2S akhirnya rasmi di pusat pengedar Mfroce seluruh negara .

Warta Roda

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

Model Baru

Aveta Vanguard 180 Dilancarkan - Bermula RM9,398

AVETA terus mengembangkan raingkaian keluarga Vanguard menerusi pengenalan baharu buat skuter Adventure Touring Crossover (ATC) iaitu Vanguard 180.