Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 Mac 2024

CFMOTO 450MT Masuk Pasaran Negara Mei Nanti. Harga bawah RM30 ribu....

Tahun lepas CFMOTO memilih Turki untuk melancarkan model sport 450SR dengan mengadakan dua sesi tunggang uji iaitu di litar dan di kawasan pergunungan. Tahun ini El Nido, Pulau Palawan di Filipina telah dipilih menjadi destinasi bagi memperkenalkan model adventure terbaru mereka iaitu CFMOTO 450MT. Acara ‘Global Launch’ model popular yang ditunggu-tunggu ini telah diadakan dari 23-25hb Mac lalu yang disertai oleh para wartawan dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Kali pertama model ini ditampilkan buat tatapan umum ialah di Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA tahun lalu dan tidak dinafikan, ‘kemunculannya’ itu mendapat riaksi yang sangat positif dari para peminat segmen motosikal adventure di seluruh dunia. 

Melihatnya di depan mata membuatkan kita cukup mengujakan. Paling mengagumkan, saiz jentera berisipadu 449cc ini tidak kecil malah lebih besar dan lebih tinggi daripada apa yang kami bayangkan. Pelana standard didatangkan setinggi 820mm tetapi terdapat pilihan untuk versi lebih rendah iaitu 800mm dan bagi mereka yang berkaki panjang, boleh dapatkan pelana setinggi 870mm.

Lampu hadapan, belakang serta lampu isyaratnya jenis LED beserta sistem Daytime Running Light (DRL) yang cantik dan terang. Turut menjadikan model ini nampak moden ialah pada panel meternya jenis TFT berwarna penuh. Menerusi paparan ini, kita dapat melihat pelbagai informasi seperti tahap kelajuan, putaran rpm, posisi gear, suhu, jam, jarak perjalanan, trip dan purata kelajuan.

Penunggang juga boleh membuat talaan untuk sistem ABS, sistem Traction Control, dan pemilihan Upshift Alert iaitu penetapan tahap tertinggi RPM untuk kita menukar posisi gear. Dengan adanya sistem sambungan komunikasi, panggilan telefon dan muzik turut dipaparkan menerusi panel meter CFMOTO ini.

Cermin pengadang angin di depan boleh dilaras dengan menggunakan tombol di sebelah kiri dan kanannya. Kerangkanya jenis trellis cukup tegar tetapi ringan – memang best terutama ketika membaringkannya di laluan-laluan berselekoh. Model 450MT ini hanya 175kg sahaja, dan yes.....sudah pasti mudah untuk dikendalikan tidak kiralah anda penunggang lelaki atau wanita.

CFMOTO 450MT hadir dalam dua pilihan warna iaitu Zephy Blue dan Tundra Grey. Selain warna, terdapat satu lagi perbezaan iaitu pada bahagian mudguardnya. Ada jenis tinggi ala motocross dan jenis biasa yang boleh dipilih mengikut keperluan masing-masing.

Enjin 449cc, kembar-parallel, sistem penyejuk cecair ini memiliki hantaran kuasa setinggi 44hp dan tork 44Nm - sudah cukup padu untuk membawa kita mencabar diri di laluan-laluan lasak. Tayar jenis 'dadu' bersaiz 21 inci di depan dan 18 inci di belakang dipadankan dengan sistem brek jenis J.Juan lengkap dengan sistem ABS. Sistem ABS ini boleh dinyahaktifkan dengan menekan suis ABS On/Off selama lima saat manakala untuk mengaktifkannya semula sistem ABS ini, tekan sekali saja.

Tuas brek, klac dan juga bar hendal boleh dilaras mengikut keselesaan penunggang. Dengan isian penuh tangki bahan api bersaiz 17.5 liter, 450MT ini boleh ditunggang sejaun 350 kilometer. 

Berita yang paling ditunggu-tunggu tentulah ketibaan 450MT ini ke pasaran negara iaitu pada bulan Mei nanti. Harganya pula dijangka di bawah RM30,000 dan setiap unit model baru itu nanti akan dilengkapkan dengan kotak barang kiri, kanan dan belakang. Memang berbaloi sungguh untuk dimiliki. Ya...RR turut diberi peluang untuk menunggang uji model ini dilaluan tepian laut, kawasan berbukit dan jalan lasak pada jarak sekitar 100km/j. Kami akan kongsikan mengenai model ini dalam RR Mei 2024 nanti. Sila dapatkannya ye! RR

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027: Lebih Agresif....Kawalan Lebih Cekap

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Harga Rasmi BMW F 450 GS Trophy Diumumkan - Bermula RM39,900

Suzuki Malaysia Pertonton SV-7GX di KLIMS

Morbidelli Perkenalkan SC200SR, ViZY 125 & C252V - Bermula RM4,988

SYM HUSKY 200 Curi Tumpuan di MBS 2026 - RM10,998

BRIXTON Sedia Mencabar Dengan 2 Model Baru - 625V dan Moucca 250

VOGE Perkenalkan Dua Model Kembara Baru: DS625X dan DS800X Rally

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Ramli terus mengutip mata berharga dalam saingan Moto3 apabila menamatkan GP Jerman di Litar Sachsenring di kedudukan ke-12

Pandu Uji

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Kalau kita bercerita tentang jentera jalanan atau Streetbike kelas pertengahan yang betul-betul seimbang dari segi power, pengendalian dan feel tunggangan, Triumph Street Triple 765 adalah antara yang paling cemerlang.

Warta Roda

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Sah! Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan melancarkan model supersport yang telah tular di seluruh dunia iaitu ZXMOTO 820RR.

Model Baru

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Sah! Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan melancarkan model supersport yang telah tular di seluruh dunia iaitu ZXMOTO 820RR.