☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Mei 2024

BMW Motorrad Umum Ketibaan Jentera Elektrik, CE 02

BMW Motorrad Malaysia dengan bangganya mengumumkan ketibaan jentera elektrik terbaru mereka iaitu CE 02. Model ini tampil dengan teknologi yang luar biasa dan hadir dengan rekaan futuristik supaya mampu menambat hati golongan belia di Malaysia.

BMW CE 02 hadir dengan output kuasa maksimum 11kW (15kk) dan tork bernilai 55Nm sekaligus mampu memecut sehingga 50km/j dalam tempoh tiga saat. Dibangunkan untuk persekitaran urban dan bebas bahan api, model ini boleh mencecah kelajuan tertinggi sekitar 95km/j. Dengan menggunakan bateri jenis Ion Litium 6 kWj, penunggang dapat menikmati perjalanan sejauh 100 kilometer dengan sekali cas. Proses pengecasan lebih mudah kerana menggunakan alat pengecas eksternal 900 W.

Selain itu, keupayaan pengecasan sehingga 1500W dapat menjimatkan masa sekitar 1 jam 40 minit bagi bateri dari 20% sehingga 80%. Manakala untuk pengecasan bermula 0% sehingga 100% mengambil masa 3 jam 30 minit.

Ciri-ciri lain yang ada pada CE 02:

  • Paparan meter TFT 3.5 inci dengan ciri connectivity melalui aplikasi BMW Motorrad Connect
  • Tiga mod tunggangan seperti Flow, Surf dan Flash
  • Soket USB
  • Lampu-lampu LED
  • Sistem mengundur
  • Mod Cradle
  • Berat 132kg

Harga yang ditawarkan adalah RM38,500 dengan waranti selama 3 tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).