☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 Oktober 2024

Honda CB1000 Hornet & CB1000 Hornet SP 2025 Dilancarkan Untuk Pasaran Eropah

Honda Eropah kembali dalam segmen Hypernaked dengan melancarkan model terbaru iaitu Honda CB1000 Hornet 2025. Jentera ini diperkenalkan dalam dua varian iaitu versi standard dan SP.

Honda CB1000 Hornet SP
Honda CB1000 Hornet SP
Honda CB1000 Hornet
Honda CB1000 Hornet

Kedua-dua jentera itu didatangkan dengan enjin yang sama seperti Honda CBR1000RR 2017 yang bersesaran 1000cc, empat silinder sebaris, 4 lejang dengan sistem penyejuk cecair namun menghasilkan kuasa dan tork lebih rendah.

Versi standard mampu menghasilkan kuasa maksimum 111.6kW pada 11,000rpm dan tork 104Nm pada 9,000rpm manakala SP pula menawarkan kuasa maksimum 115.6kW pada 11,000rpm dan torknya 107Nm pada 9,000rpm. Sistem transmisi juga disempurnakan dari model CBR1000RR 2017 termasuklah klac Assist/Slipper. Sementara itu versi SP dilengkapi dengan sistem Quickshifter.

Pakej elektronik pada kedua-dua varian itu terdiri daripada mod tunggangan Rain, Standard dan Sport di mana setiap mod mempunyai tahap kuasa, brek enjin dan kawalan cengkaman yang berbeza. Menariknya, model ini juga mempunyai dua lagi mod tunggangan Seperti User - penunggang boleh membuat tetapan sendiri mengikut keselesaan. Selain itu, CB1000 Hornet dilengkapi dengan empat tahap Honda Selectable Torque Control (HSTC), tiga tahap Engine Power (P), tiga tahap Engine Brake (EB) dan Wheelie Control.

Honda CB1000 Hornet dipadankan bersama kerangka keluli Twin-Spar yang dikatakan 70% lebih tegar kilasan berbanding CB1000R 2024. Sementara itu, sistem suspensi hadapan untuk kedua-dua varian ini hadir dengan fork USD jenis Showa SFF-BP 41mm yang boleh dilaras untuk compression, rebound dan preload. Manakala untuk saspensi di bahagian hadapan hanya varian SP menggunakan penyerap hentak tunggal Ohlins TTX36.

Perbezaan di antara varian Standard dan SP juga boleh dilihat menerusi sistem brek hadapannya yang mana versi SP dipadankan dengan kaliper brek jenis Brembo Stylema. Sementara itu, versi Standard menunggunakan kaliper jenis Nissin. Kedua-dua model ini turut dilengkapi dengan sistem ABS dua saluran.

Antara ciri-ciri lain yang menarik adalah paparan meter TFT 5 inci yang boleh disambungkan kepada telefon bimbit menerusi aplikasi Honda RoadSync, lampu-lampu jenis LED, Honda Intelligent Security System (HISS), brek cakera berkembar 310mm (depan), brek cakera tunggal 240mm (belakang), Emergency Stop Signal (ESS), berat 211kg (Standard), berat 212kg (SP), sistem suntikan bahan api PGM-Fi dan tangki bahan api 17 liter. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).