☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 1 November 2024

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi. Model baru yang hadir dalam empat warna menarik (Cosmic Yellow, Cobalt Blue, Diablo Red & Jet Black) ini ditawarkan pada harga asas bermula dari RM46,900.

Triumph Trident 660 ini tampil dengan rekabentuk gaya retro menerusi rekabentuk bulat di beberapa bahagian seperti lampu utama (jenis LED), panel meter TFT dan rekabentuk tangki. Menerusi panel meter TFT ini, pemilik Trident ini dapat membuat penyambungan dengan telefon pintar untuk sistem navigasi, panggilan telefon dan sistem audio.

Jentera gabungan klasik dan moden ini tampil dengan enjin 660cc, tiga silinder DOHC, Euro 5, sistem penyejuk cecair ini memiliki hantaran kuasa setinggi 81 PS pada 10,250 rpm dan tork 64 Nm pada 6,250 rpm. Antara ciri-ciri elektronik moden yang dipadankan pada model ini ialah sistem Cornering ABS, Traction Control, Triumph Shift Assist dan semestinya sistem Cruise Control yang memberikan keselesaan untuk tunggangan jauh.

Berbanding hanya 2 mod tunggangan untuk model sebelum ini (Road & Rain), Trident baru kini ditambah dengan satu lagi mod iaitu Sport. Untuk kualiti menunggang yang mengagumkan, model ini hadir dengan penyerap hentak Showa jenis terbalik dipadankan dengan penyerap hentak tunggal Showa di belakang.

Tayar hadapan bersaiz 120/70ZR17 manakala tayar belakang pula bersaiz 180/55ZR17 dan dikawal oleh brek-brek cakera bersaiz 310mm (hadapan) & 255mm di belakang beserta sistem ABS. Tinggi pelana 805mm manakala beratnya pula hanya 190kg, membantu kawalan lebih mudah untuk semua golongan penunggang.

Setiap pembelian akan menerima jaminan waranti kilang selama dua tahun tanpa had jarak perjalanan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).