☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 Mac 2025

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Pada 22 Mac, Jedi K333 telah dikeluarkan secara rasmi di pasaran China dengan harga asas rasmi sekitar 21,980 yuan. Model ini membawa impian penunggang muda untuk tunggangan futuristik, menjadi penanda aras untuk jentera supersport bersaiz sederhana dan kecil tetapi hadir dengan rekabentuk, teknologi dan prestasi mantap.

K333 bukan sahaja mewakili konsep rekabentuk vintaj dan moden... sci-fi dan realiti. K333 meneruskan elemen klasik siri JEDI K sambil menggabungkan gaya minimalis yang popular di peringkat global, membuat penampilan sulung baharu dengan konsep rekabentuk yang lebih memenuhi permintaan pengguna muda.

Lampu hadapan ikonik memberi penghormatan kepada pahlawan masa depan "Star Alliance", dan tubuh badan telah diperkemas dengan kerangka betegaran tinggi Berbanding dengan model konsep tempohari, versi jalanan K333 mengoptimumkan rekabentuk aerodinamik, mengurangkan rintangan angin dan meningkatkan kestabilan ketika berkelajuan tinggi.

Warna baharu meningkatkan lagi impak visual yang terdiri daripada Flame Red - gabungan warna merah dan hitam dengan kemasan penyerap hentak emas, mencipta rupa dan rasa "DUCATI" kecil.

Warna seterusnya ialah Silver Moon White: Tapak putih dengan pelekat "JEDI" kelabu dan jalur merah diikuti Obsidian Black: Dalam dan misteri, boleh menunjukkan gaya "Black Knight".

JEDI K333 dilengkapi dengan enjin 322cc baru, dengan kuasa maksimum kira-kira 38hp. Dari segi pengendalian, K333 menggunakan kerangka jenis berlian seiras dengan Yamaha R3 - merendahkan pusat graviti dan meningkatkan ketangkasan dan kestabilan. Reka bentuk ini memberikan prestasi pengendalian yang luar biasa K333.

Ia juga didatangkan dengan sistem Traction Control, sistem brek anti-kunci ABS dan sistem EFI. K333 diyakini dapat memenuhi keperluan penunggang baru dan wanita di China dan dalam pasaran global. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.