☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 Mei 2025

Royal Enfield Bear 650 diperkenalkan di Malaysia Autoshow

Royal Enfield dengan bangganya melancarkan model terbaru Bear 650 di acara Malaysia Autoshow 2025 baru-baru ini. Jentera gaya scrambler dengan jiwa tahun 60an ini dicipta berasakan model Interceptor 650 untuk mereka yang ingin memiliki sebuah teman yang versatil.

Dengan kebolehan merentasi pelbagai jenis jalan, tahap kejuruteraan mantap dan rekabentul menawan, Bear 650 sememangnya sebuah motosikal yang lengkap, sesuai untuk semua jenis penunggang tidak kira latar belakang, lelaki mahupun wanita.

Bear 650 disempurnakan dengan enjin 650cc, dua silinder berkembar yang memiliki hantaran kuasa setinggi 47bhp pada 7,250rpm dan tork 56.5Nm pada 5,150rpm. Sistem ekzos 2-1 yang direka baru turut membantu peningkatan kuasa tork dan meluaskan lagi tahap penghantasan tenaga.

Model ini turut dilengkapkan dengan fork hadapan jenis USD yang dipadankan dengan penyerap hentak kembar jenis Showa di bahagian belakang. Gabungan kelegaan tanah yang baik (184mm) dengan tayar hadapan bersaiz 19”serta belakang 17 sememangnya menambah kemampuan Bear 650 ini beraksi di jalanan.

Tayar-tayar ini dikawal sebaiknya oleh brek cakera di hadapan bersaiz 300mm dan belakang 270mm beserta sistem ABS (boleh dinyah aktif). Sistem pencahayaannya terdiri daripada lampu utama berbentuk bulat jenis LED yang cukup terang.

Walaupun gaya retro, panel meter bulat model ini adalah jenis TFT yang bukan sahaja memberikan paparan jelas malah turut boleh disambungkan dengan telefon pintar dan sistem navigasi. Tangki bahan api bersaiz 13.7 liter manakala berat keseluruhannya adalah 216kg.

Harga asas untuk model warna Petrol Green, Wild Honey dan Golden Shadow ialah RM35,700, manakala versi Two Four Nine pula dijual pada harga RM36,000. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.